Tuesday 5 April 2016

April 2016

Salam myna arisa 😊

Anak yang sangat mama sayangi 😊yang sangat mama kasihi 😊

Mama nak ceritakan mengenai sesuatu 😊

Mengenai perniagaan kecil kecilan mama dikelola nama arisa 😊

Best tau perniagaan nih mengimbau kembali bagaimana mama dulu masa sekolah 😊

Teruskan ea sayang 😊

Thursday 24 September 2015

Kisah bernama seorang suami

Salam aidiladha

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ  لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ.

Punyai suami untuk melindungi menyayangi menjaga kita baik dari segi kita sihat uzur kaya bahkan miskin adalah keinginan setiap sang isteri..

Siapa tak mahu suami yang segalanya memenuhi keinginan seperti ini..

Aku ingin menceritakan seorang makhluk Allah yang diturunkan jodohnya dengan aku..
Cukuplah aku menggelarkan dirinya sang suami..

Sepanjang berada dalam jagaannya.. aku tidak pernah rasa susah biarpun sebenarnya dia susah dia tidak pernah tunjuk..

Pada mula aku kenali dia.. biarlah apa dia mahu lakukan mungkin cintanya adalah permainan dia tapi lama kelamaan aku sendiri terpikat dengan dia.. cara dia... aturan dia.. sikap dia...

Bermula dengan soal hati.. dengan dia susah nak bercakap pasal paras mata... kenapa.. sebab aku pun sudah penat dengan faktor fizikal.. tak kemana pun...

Bermula satu malam aku mula berkira mengenai hal kewangan.. pada aku wang aku aku akan spentkan untuk kereta aku dan anak.. juga sebahagian duit rumah... ada masa tanpa ketahuannya aku membelanjakan duit gaji sendiri untuk makanan.. tapi sangat mengejutkan dia mula makan hati.. katanya apa guna diri dia jika aku yang membeli semua aku yang membayar semuanya walhal ada bahagian yang telah diatur olehnya.. diselitkan bahagian itu jumlahnya di atas almari sekali nota.. jika aku perlukan gunalah.. dia bertanya mengapa aku tidak menggunakannya. Lalu dia meminta aku kesemua bill.. yang telah aku belanjakan.. aku gagal menjelaskan bahkan mengemukakan bukti.. sebab memang jenis aku kalau beli barang bill dan note kecil aku tidak ambil diberikan kepada cashier.. dia mengeluh kecil... kedengaran berat di pendengaran aku.. malam itu aku tidur dengan rasa bersalahnya...
Sedemikianlah berlalu hari berganti hari dari minggu ke minggu bulan ke bulan.. aku masih bersikap begitu sampai satu hari dia bertanyakan kepadaku siapa kah dia pada diriku.. namun kata kataku membuat dirinya terluka.. aku cuma berkata tak adil tok semuanya awak tanggung saya.. dia cakap.. jadi adilkah saya pd awak jika memakan hasil keringat awak.. sumpah aku tergamam.. aku bukan apa aku xbiasa. Aku xselalu menggunakan duit orang tengok sampai duit disediakan suami aku lepas pandang sampai aku takut tok menggunakannya padahal tak pernah tak ada.. sejak hari itu aku sudah mula menggunakan apa yang dia sediakan.. sebab aku tahu dari bait ayat dia memang makan hati dan menganggap dia adalah orang luar.. kerana aku jauh sekali ingin dan merasakan mahu menggunakan apa yang telah dia sediakan.. malam itu buat kali pertama dia keluar dengan sampai ber jam lamanya buat aku rasa amat kecewa dengan diri sendiri.. jam pertama aku lihat kereta di garaj yaAllah mana lah dia pergi.. jam kedua aku mula risau abes semua rakannya aku call kerana dia sendiri tidak membawa sebarang alat telekomunikasi..jam ketiga tatkala aku ingin membuka kunci rumah dia kembali dengan senyuman tanpa berkata apa.. dia ambil kunci dan membukanya... aku tahu dia marah tapi dia sembunyikan.. bila dia pulang dia berkata padaku dia mengusahakan semua ini demi aku dan anak.. jika aku tidak menggunakannnya dia rasa begitu kerdil seolah itu duit haram.... adakah dia orang luar dalam hidupku?? Sungguh terpukul aku dengan kata kata itu...

Dari hari ke hari dia mula sibuk tak lekang telefon bimbit di tangan selang 10 minit call masuk.. sampai masa aku dengan dia agak terbatas.. bila dia mula fokus dengan telefon syak wasangka negatif timbul tipulah kalau kau tak syak pelik2 dan rasa sakit sangat ingin tahu kenapa begitu jadinya...
Tapi sebagai manusia yang juga buat kesilapan aku terpukul sendiri dengan syak wasangka aku.. bila aku mula check log call number antarabangsa menghiasi history call. Aku check semua kerana aku tidak percaya.. tapi apa yang aku jumpa.. mengenai bisnes.. juta juta lemon yang dia usahakan... Allahuakhbar berdosanya aku bersikap negatif kepada seorang manusia yang menyayangi aku sepenuh hati sampai mengorbankan masa tidur malamnya masa makannya..
Siapa tak risau jika tengah malam di saat orang lain dibuai lena dia menguruskan perbankan yang melibatkan sejumlah wang yang banyak.. perlu disegerakan urusannya... demi Allah sungguh aku takut dan memikir bahawasanya aku tak suka perasaan yang mengatakan dia curang...banyak kali jam tunjuk 3 4 pagi telefon ditangannya masih berlampu aku mohon padanya tidurlah sudah pagi hari eaok kita punya urusan lain.. berginjak pula dia ke rangkaian laptop dan graf serta papan whiteboard bisnes.. fokus.. seolah olah aku bercakap dengan dinding.. hmmmm
Sampailah satu tahap aku menghantar text mesej pada dia..dengan berkata.. aku merasakan dia jauh berubah seolah2 mengabaikan aku...
Demi Allah dia tidak aku hanya dibuai rasa syak wasangka maha dahsyat negatifnya... pernah sekali dia pulang lewat dekat 5 pagi sikit lagi azan subuh berkumandang Allah risaunya aku.. kerana selalu dia pergi setelah aku dibuai lena.. siapa tidak ada syak wasangka tanpa nota tanpa bagi tahu apa2 dia pergi seolah olah aku ni anak patung ke dirumah tak perlu ketahui apa apa.. hai sedihnya hati bukan kepalang...
Tapi bila dia pulang apa aku lihat 5 plastik dengan berat isinya gigih dia jinjit.. dari balik plastik aku tahu penuh coklat, roti,  air kotak...lalu dia meminta maaf tadi dia mahu pulang awal setelah menyelesaikan bisnes diluar tapi mengingaykan stok makanan sudah kelihatan sikit dia mencari kedai 24jam berdekatan lalu memborong makanan untuk ku.. dia tahu kadang2 aku hanya menjamah makanan sebegitu. Demi Allah mahu menitis mata kerana langsung xsama dengan apa yang aku syak... Astafirullahalazim.. kalau lah dia tahu aku anggap dia buat maksiat di luar pasti sedih..  dosanya aku...

Esoknya malam dia mengejutkan aku dari tidur lenaku..Dekat waktu 2 pagi saat itu hanya kedengaran cik cengkerik berserta angin menderu indah... aku kesat mata dan bertanya pada dia kenapa masih berjaga.. didahi dihadiahkan kucupan.. yaAllah syahdunya aku rasa.. tiba tiba terbayang tiap perasaan yang mencengkam jiwa kerana negatifnya syak wasangka itu aku nyaris membenci suami ku...
Digenggam erat tanganku.. dia mula menu jukkan baki akaun bank di luar negaranya yang ditukarkan atas nama anak dan aku.. Allah.. bila aku mula hendak berkata.. lalu dia berkata ... yang dia tahu masih tidak cukup bagilah dia masa insha allah semua akan menjadi okay..
Demi Allah aku terpana melihat sejumlah nombor melebihi 9 digit ...aku xpernah minta dia buat begini..hmm.. dalam dia mengenggam tangan ku dia bertanya apakah aku akan meninggalkan dia jika dia sudah tidak punya wang... bergetar lidahku untuk berkata .. bila dia tanya mengapa.. aku hanya mampu mengambil telefon dan menulis.. sedangkan jasad kamu dibawah 7kaki sana saya akan berada disisi tidak kiralah bagaimana kamu...malam itu disekanya air mata ku...

Dulu sebelum aku memiliki telefon canggih aku hanya memakai cukup GB memuatkan messenger wassap,fb, instagram,wechat dan sebahagian apps yg aku minati.. jadi terhadnya dengan prosesor fon murah itu buat aku kadang2 stress apabila application manager yang begitu tak munasabah hang nya.. dia hanya memerhatikan aku.. hinggalah tepat pukul 9 malam apabila ber jam lamanya dia di luar dari pagi ke malam dia balik dan memberi ku sekotak telefon canggih.. aku menghembuskan nafas perlahan.. dia terkejut dan bertanya selalunya jika perempuan dihadiahkan dengan barangan berjenama dan mahal akan melompat gembira tapi aku jauh sekali seolah tidak bermakana.. aku hanya berkata jangan membazir.. dia tunduk memandang lantai..dan aku mendekatinya.. kalau saya tahu awak nak belanja saya ajak awak gi beli tadi tau...
Senyum dia bila aku cakap begitu dia kata dia tahu xseberapa mana pilihannya tapi dia mahu aku menggunakan kerana fon lama telah uzur...
Begitu juga soal baju.. jikaa pergi ke butik dia dahulukan anak.. ambil apa yang dia nampak cantik di mata tanpa melihat harga.. bila aku cuba menghentikannya dia berkata duit dia duit anak buat apa dia nak berkira... mungkin dia tak kaya tapi Allah sentiasa ada jalan untuk dia.. dia yakin... dan kebiasaanya tanpa sedar dia juga meltakkan. Sejumlah berat baju dan keperluan aku.. banyak kali dah keperluan kami mencecah 4 digit nombor yang billnya pasti buat orang belakang kami dikaunter ingin bertanya siapakah kami sebenarnya..
Tapi dia hanya baju harga 8-10 ringgit dari kilang dia pakai.. tanpa banyak soal.. dia boleh pakai selipar jepun hatta sekalipun makan apa yang ada biarpun hanya nasi kosong dan sup kosong tapi untuk aku dan anak selalu diselitkan dalam almari sejumlah wang untuk aku memesan kfc atau mcdonald bahkan dia melarang aku memasak makanan jika rajin keluarlah minyak petrol kereta telah dia isi.. ya Allah sesungguhnya aku tak perlu takbur dengan anugerah ini...

Dalam bab pemakanan demi Allah aku teramat bertuah.. payah mahu lihat dia berkata tak sedap sekali pun masakan aku xkena dengan selera dia akan tetap memakannya dan sesekali dia turut bersama dengan aku untuk masak dan mengajar aku apa yang dia mahukan.. dan sampai ke waktu ini tangan dia lah menyuap makanan ke mulutku..

Subhanallah Allah panjangkanlah jodohku.. kerana pengorbanannya yang tak terhingga membuatkan aku sentiasa selamat disisinya... amin

Thursday 27 August 2015

budak dapur

perjalanan agak panjang.
esh agak pelik bukan dipanggil budak dapur.. yerp haha.. nantikan resepi okay..

kalaulah dulu

kalau lah dulu kita masih bersama ..
mungkin arisa kenal siapa kau..
kalau lah dari dulu kita masih berdua..
akan arisa jadi yang ketiga selamanya..


orang di belakang

Orang di belakang..




Dia selalu dibelakang.. Selalu dia cakap jalan lah dulu.. Aku pun jalan.. Tapi kadang sesat.. Orang di belakang inilah yang tunjukkan dari mula..

 Kata dia "Begini sayang.." dan dia tersenyum.. walau aku degil..

Dia selalu di belakang.. Ada masa rasa was was.. Timbul perkataan "KALAU" timbul rasa "MUNGKIN".. Orang di belakang inilah akan berkata "Sayang percayalah..."

Orang di belakang.. tidurnya tak pernah lelap. sekejap sekejap dia celik dia perhatikan dua nyawa yang satunya bukan milik dia.. milik seorang lelaki lain.. Tapi dia sentiasa berkata "Sayang dua dua .."
Orang di belakang.. Takkan pernah senyum.. Jika malamnya tidak dengar temannya bising berbicara menda mengarot.. takkan pernah tenang jika tidak melihat si kecilnya menjerit menanges.. kerana dia kata "Bernilai keduanya".

orang di belakang tiap langkahnya penuh kasih sayang dilakukan tanpa kenal erti jemu.. saat aku sendiri putus asa... dia cakap.."sayang tak ada yang memungkinkan..."

Dia orang belakang aku.. Dari dia tak tahu apa apa dari aku tak ada apa apa.. dia kata "jum kita bina"

Alhamdulillah ...