Thursday 27 August 2015

budak dapur

perjalanan agak panjang.
esh agak pelik bukan dipanggil budak dapur.. yerp haha.. nantikan resepi okay..

kalaulah dulu

kalau lah dulu kita masih bersama ..
mungkin arisa kenal siapa kau..
kalau lah dari dulu kita masih berdua..
akan arisa jadi yang ketiga selamanya..


orang di belakang

Orang di belakang..




Dia selalu dibelakang.. Selalu dia cakap jalan lah dulu.. Aku pun jalan.. Tapi kadang sesat.. Orang di belakang inilah yang tunjukkan dari mula..

 Kata dia "Begini sayang.." dan dia tersenyum.. walau aku degil..

Dia selalu di belakang.. Ada masa rasa was was.. Timbul perkataan "KALAU" timbul rasa "MUNGKIN".. Orang di belakang inilah akan berkata "Sayang percayalah..."

Orang di belakang.. tidurnya tak pernah lelap. sekejap sekejap dia celik dia perhatikan dua nyawa yang satunya bukan milik dia.. milik seorang lelaki lain.. Tapi dia sentiasa berkata "Sayang dua dua .."
Orang di belakang.. Takkan pernah senyum.. Jika malamnya tidak dengar temannya bising berbicara menda mengarot.. takkan pernah tenang jika tidak melihat si kecilnya menjerit menanges.. kerana dia kata "Bernilai keduanya".

orang di belakang tiap langkahnya penuh kasih sayang dilakukan tanpa kenal erti jemu.. saat aku sendiri putus asa... dia cakap.."sayang tak ada yang memungkinkan..."

Dia orang belakang aku.. Dari dia tak tahu apa apa dari aku tak ada apa apa.. dia kata "jum kita bina"

Alhamdulillah ...

pesan adik pesan kakak

"Menyusahkan betul!"
"Kalau sehari tak susahkan orang tak boleh ke"
"Rumah ini bukan rumah kau bukan tempat kau"

dan lagi...

"Haishh.. semak aku menengok"


kadang kadang terfikir aku.. takkan lah salah dulu tidak langsung dapat dimaafkan .. tak ada ke sekelumit hati untuk memikir jauh demi sebuah hubungan bernama keluarga..

harta dunia takkan kemana wahai adik.. jauh kau berjalan dekat juga kau dengan keluarga.. satu saat kau akan terduduk dan memikir semula mengapa jadi begini..
haish..

AUGUST

Selamat datang tetamu..

Sudah lama tidak kembali menulis.. 
Rasa kaku jemari. Benak rasa beku. Dalam masa yang panjang ini begitu banyak yang berlaku.
Sampai terduduk sehinggalah hari ini tersenyum memikir..
Kuatnya kau Alin demi seorang puteri bernama Myna Arisa.
Dari satu tempat ke satu tempat , pindah lagi dari kerja sana ke sini. Makin jauh sudah dengan rumah tempat membesar tempat bermain.
Makin jauh juga dengan famili.
Telek semula kebelakang. Sisi sedih sudah mula pudar.. PUDAR! Bukan hilang ...
Hmm..