Sunday 13 May 2012

Jangan Bilang Tidak BAB 5- nuruladlincopyright


Riuh rendah jadinya bila ramai ramai berkumpul begini. Itulah adat keluarga besar. Sekejap jer keluarganya dah bertambah besar. Kak long dah 10 tahun berkahwin anak pun dah berderet 6 orang semuanya. Abang Tarmizi pula dengan 4 heronya, akak Jena pula dah beranak 3 mungkin lagi 3 minggu keluarlah lagi seorang nih pulak kakaknya yang keempat bakal melangsungkan perkahwinan lagi tiga hari sahaja lagi. Kelihatan akak Nasha makin berseri seri menunggu hari bahagia. Maknanya nanti tunggu dia sahajalah yang masih memegang status bujang. Hai bujang je bukan tak available. Hehe.
“Aku ingat kau tak balik doe” sapa seseorang di belakangnya.
Apek hanya memandang kearah teman rapatnya itu sambil tersenyum. “ Ahaha aku cuti sebulan ni.. ada baki lagi 2 minggu jer. Pas nih nak ke Dubai pula 3 bulan tengok minyak kat sana” kata Apek sambil mempersilakan sahabatnya itu duduk berhadapan dengannya.
“Untunglah boleh makan angin kan. Macam mana ? Jadi tak plan kita?”soal rakannya itu. Sebenarnya sudah lama mereka berusaha demi menjayakan perihal tersebut. Ya agak lama. Sudah 7 tahun mereka berusaha. Tanpa henti. Hanya demi memberikan sebuah kehidupan yang bermakna kepada sahabat mereka berdua.
“Dia akan datang kau jangan risau.Aku pasti kali ni kita takkan pulang dengan tangan kosong Safiq” kata Apek kepada sahabatnya yang bernama Safiq. Safiq hanya mengganguk tanda bersetuju dengan Apek. Dia juga sebenarnya teramat pasti kali ini akan memberi seribu makna.
  “Cuma aku harap lepas ni Riyadh hargailah peluang ini sebolehnya.” Kata Safiq perlahan dia sendiri tidak sanggup melihat keadaan Riyadh yang serba tidak terurus itu gara gara kesilapan Riyadh mencatur hidupnya.
“Aku teramat pasti kali ini dia dapat membezakan intan atau permata.” Kata Apek penuh yakin. Mereka sama sama melepaskan keluhan yang besar. Berat sungguh bunyinya.
“ Safiq , Jiji masuklah bawa kawan kamu tu makan di dapur. Dah pukul 10 malam nih lepas tuh nak berborak sampai esok pagi pun tak per” abang Ildan suami kak long yang mempelawa mereka makan mematikan perbualan mereka. Mereka serentak memandang abang Ildan yang penuh dikerumuni anak anak dan anak saudaranya sikit lagi mau berguling jatuh dibuat anak anak kecil itu. Apek dan Safiq ketawa melihat gelagat mereka. Lantas Apek mengajak Safiq masuk menikmati makan malam. Harapan mereka cuma satu agar Riyadh kembali bersatu. Aminn ya rabbal alamin.
...............................................................................................................................
Oleh kerana aku mempunyai tempahan pelanggan di Bandar kelahiranku aku membuat keputusan untuk mengangkut kesemua adik adikku di studio ini untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Bukan sesiapapun. Apek punya akak jugak. Lagipun sudah lama aku tidak menjenguk rumah di kampungku. Nak naknya rumah atuk. Kan sekarang musim buah. Hai pasti merembun rambutan atas pokok , langsat , duku, pulasan lagi. Kalau menjadi durian kali ni rezeki budak budak nilah. Sudah 4 tahun atuk pergi dan baru 2 tahun sudah wan pula pergi. Kehilangan mereka memberi impak besar dalam hidupku sejak itu.
Awal awal pagi lagi aku sudah mengejutkan 8 orang adik adikku ini. Nasib semua sudah sedia maklum akan bertolak selepas subuh ke kampungku. kalau tidak mahu bertekak jugaklah aku dengan mereka nih. Biarpun hanya mengambil masa satu jam sahaja dari ibukota banyak perkara perlu dilakukan apabila sampai di kampungku nanti. Lagipun kami mungkin terus menuju ke dusun atuk jika tiada aral melintang. Selepas atuk meninggal yang aku tahu pakcik pakcik ku semua berpakat menggaji beberapa orang pekerja asing untuk menjaga dusun itu. Nak harapkan mereka . Pastinya mustahil. Melihatkan tugasan mereka yang masing masing dah memegang jawatan besar faham faham sajalah. Untuk menjual aku lah orang pertama yang bantah. Pada aku dusun yang atuk usahakan masa usianya muda baru beranak dua begitu bernilai padaku. Tambah pulak aku rapat dengan atuk. Aduh rindunya. Aku sangat pasti kalau atuk masih hidup dia mesti tak mahu harta pusakanya itu di jual dengan wang ringgit. Katanya lagi itulah harta dunia yang ditinggalkan untuk cucu cicitnya.
Selepas menunaikan solat subuh , masing masing bersiap dan mula mengemas beg beg mereka. Kami berkonvoi tiga kereta aku menaiki Alphard bersama Abe , Tifa dan Balqis. Kereta ku ini macam biasalah akan dipenuhi segala mak datuk beg.Mikhail pula bersama Hassan disebelah kereta Myvinya itu dipenuhi peralatan kamera digital digunakan untuk photoshoot perkahwinan akak Apek selain itu 3 buah laptop turut berada dalam kereta tersebut termasuk 2 pc. Ini semua bagi memudahkan kerja editing yang customer mahukan. Kalaulah dirompak agaknya kenyanglah perut perompak tersebut. Hairul yang menaiki Gen 2 pula di sebelahnya kelihatan Linda dan Ikram. Di bonet keretanya ada beberapa batang pancing ikan yang akan digunakan di dusun atuk nanti. Mereka nih bukan baru sekali dua melepak di dusun tuh asal aku balik aja kampung macam biasalah tempat lepak kami. Sebelum memulakan perjalanan tadi, kami berkumpul berdoa yang diketuai Hassan bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik. Abe sempat lagi memesan singgah di Drive Thru mana mana McD sebab lapar. Abe... Abe...!

.............................................................................................................................
Tepat pukul 6.59 pagi akhirnya kami sampai di Bandar kelahiranku. Aku membelok ke kiri jalan. Pasar basah itulah tujuanku. Walaupun cuma duduk di situ dua hari makanan dan kebajikan budak budak ini sedia maklum memang tanggungjawabku. Lagipun di rumah atuk tiada siapa lagi yang menetap di situ. Seperti di dusun atuk begitulah juga di rumah pusaka tersebut. Yang aku tahu rumah tersebut digaji sepasang suami isteri untuk menguruskannya. Dalam seminggu mereka akan datang 4 kali untuk memeriksa keseluruhan rumah itu. Bagaimanalah agaknya iya. Bukan pakcik makcik ku tak mahu pulang. Tapi sejak kematian wan 2 tahun lepas masing masing buat hal sendiri. Harapkan raya sahaja berkumpul tapi sudah tidak sama seperti dahulu. Sungguh perasaan bahagia ketika atuk dan wan masih hidup menjentik perasaanku.
Selesai membeli belah seperti kata Hairul di pasar kami meneruskan perjalanan ke rumah pusaka atukku. Banyak juga makanan basah yang di borong mereka. Sebenarnya mereka sudah plan mahu membuat barbeku malam ini. Untuk pulang ke rumah atuk. Semua telah diberi kunci. Baik anak anak atuk mahupun cucu cucu. So tak jadi masalah apabila masing masing mahu singgah ke rumah atuk. Aku pun selalu menjadikan rumah atuk sebagai lokasi poenggambaran model terutama apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri. Daripada terbiar sahaja lebih baik rumah lama ini dikomersialkan. Bukan sekali dua rumah lama ini masuk dalam drama televisyen bahkan berkali kali. Duit yang diberikan produser drama pula kami sekeluarga sepakat menyalurkannya kepada yang tak berkemampuan atas nama atuk dan wan. Pesan atuk dan wan , membantu orang susah itu tak lokek pun duit berkepul kita nih.
Akhirnya sampai juga ke rumah atuk dan wan, aku lihat rumah itu sedikit pun tidak berubah. Masih sama seperti dulu.Dibelakang rumah pula ada reban ayam dan itik. Pokok rambutan , kelapa , mangga,dan jambu keling pun masih teguh berdiri. Aku lihat menjembun sudah buah buah atas pokok itu.
“Eeeeeeeeeeee seronoknya..........! “ kata Tifa. Dia berlari lari anak ke belakang rumah diikuti Balqis dan Abe. Mereka bertiga ini memang pantang kalau melihat buah buahan yang begitu banyak. Geram katanya.
“Kita dah agak dah mesti musim buah buahan punya. Kang gi dusun atuk akak mesti banyak durian gugur kan?? “ soal Mikhail yang memeluk pc dengan erat sekali sambil matanya liar memandang kearah belakang rumah itu . Aku hanya tersenyum mengangguk. “Eh mestilah. Kang jangan ada pula yang hendak curi tulang kait buah kutip buah,ni tak makan je boleh harap buat kerja cekelat” kata Abe sambil mengigit jambu keling di tangannya. Hai kalau dapat makan tak ingat dunia Abe ni yang peliknya entah bila dia berada di situ aku pun tak tahu. Masing masing tercengang memandangnya. Agaknya terkena batang hidung sendiri kut..
“Ha jangan makan je tahu barang barang ni angkat la jangan duk tengok je. Letak dulu dalam rumah takkan nak harap mak sorang dikkk” kata Hairul sambil mengajuk aksi maknyah. Aku yang melihat drama Hairul tengah bengang itu hanya tergelak. Kasihan pula melihatnya berulang alik mengangkut barang budak budak lain. Kelihatan Ikram,Linda dan Hassan sama sama membantu Hairul menghantar barangan ke anak tangga. Balqis dan Tifa pula menjinjit setangkai rambutan. Pokok rambutan yang rendang itu tidak mustahil pun  pada aku jika mereka mampu mematahkan ranting ranting di dahan pokok. Aku hanya tersenyum. Tak berhenti mengunyah lah dia orang ni nanti, gumam sendirian.
“Apa akak cakap?” soal Linda mengejutkan ku. “ Akak rasa tak berhenti mengunyah lah kau orang semua karang” balasku didengari ke lapan lapan adikku ini.Masing masing tergelak.
Sesudah menghantar barang dan peralatan digital ke tempat selamat iaitu dibilik atuk aku mengunci bilik atuk tersebut. Rumah pun aku kunci. Setiap pintu aku periksa mangganya. Demi keselamatan! Kami perlu bertolak ke dusun atuk secepat mungkin memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Mikhail dan Hairul sudah berpakat untuk mesin rumput dan meracun lalang jika sudah naik meliar. Mereka berdua sudah biasa untuk melakukan kerja kerja tersebut. Kata mereka, kita orang dah makan free takkanlah wat kerja pun nak berkira kakak. Padahal seronok pegang mesin rumput dengan mesin racun. Orang bandarlah dikatakan.
Apabila sampai di dusun , masing masing keluar dengan semangatnya. Tak kurang juga ada tengah mengeliat dan masih menguap tanpa henti. Sempat lagi membuta budak budak nih. Sebenarnya jarak dusun atuk dan rumah atuk cuma mengambil masa kurang dari 30 minit sahaja.
Sampai sahaja di dusun. Pak Raden,Wak Jamal dan Mas Akam sudah bersedia menunggu kami di pangkin bawah pohon belimbing. Memang dari awal aku sudah memesan kepada mereka bertiga terlebih dahulu untuk menunggu kedatangan kami bagi kerja kerja mengutip buah buahan dan membersih dusun tersebut dari semak samun  jika mereka tidak pergi menoreh ke ladang hulu.
Kata Pak Raden yang merupakan pekerja setia atuk sejak 25 tahun itu terlalu banyak buah buahan yang sudah gugur sayang tidak dikutip hendak dimakan mereka bertiga rasanya tidak mampu. Sudah dimaklum pakcik makcikku tapi seperti biasalah kesibukan menjadi penghalang. Untuk dijual pasti tuan tidak akan merestui. Katanya merujuk kepada atukku yang dipanggil tuan. Atuk bukan berkenan sangat kalau menjual buah buahnnya kerana dia tahu hasilnya tidak seberapa. Baik disedekahkan sahaja dari membusuk. Ya aku masih ingat itulah pesan atuk.
Masing masing semua sudah bersiap sedia dengan perkakas mereka. Abe dengan 3 guni yang dilipat kemas ke dalam beg sandangnya. Linda ,Balqis dan Hassan pun turut sama mengenggam guni. Masing masing memegang parang di tangan yang bakal digunakan untuk menebang semak samun. Mereka sudah berpecah bergerak untuk mengutip buah buahan seperti di arahkan Mas Akam.
Mikhail pula sedang mengisi racun dalam takungan mesin racun yang baru dikeluarkan dari setor bersebelahan rumah pondok kayu yang dibina atuk untuk pekerjanya itu. Disitulah Pak Raden dan rakan-rakannya menetap sejak sekian lama. Walaupun Pak Raden duduk di dusun yang penuh dengan rezeki itu dia langsung tidak menyentuh atau memakan hasil dusun itu tanpa kebenaran tuan tanah. Sebab itu aku sangat menghormati orang tua sebaya abahku itu. Setelah penuh racun di takungan Mikhail memakai mesin tersebut dan bergerak kearah semak samun yang sedang meliar. Dibelakangnya Pak Raden mengekori masing masing sibuk meracun semak samun.
Hairul pula sudah bersedia bersama Wak Jamal ke tempat yang lalang tumbuh meliar. Mereka berdua memang biasanya memesin rumput kekawasan kawasan yang selalu dinaiki lalang. Sekejap sahaja mereka sudah hilang bersama deruman mesin rumput tersebut. Sekejap lagi berpecah lah mereka tu.
Ikram aku lihat sedang memasang joran pancing bersama Tifa. Memancing adalah kepakaran mereka berdua. Baru 5 minit menunggu pasti mengena. Kebun  atuk ada 5 kolam buatan pada asalnya. Namun oleh kerana tiada siapa yang mampu menjaganya sekarang hanya tinggal 2 kolam besar sahaja itu pun sudah memadai. Ikan tongsan, bawal hitam dan ikan merah sahaja dibela itupun atas ikhsan Pak Radenlah mengusahakan penternakan ikan itu semula. Besar besar ikan tersebut kalau bernasib baik. Ada kut bakal menjamah ikan tongsan sebesar peha orang dewasa. Tapi biasanya dilepas semula budak budak ini. Takut mereka nak menjamah ikan besar besar. Haha.
Tepat pukul 10 pagi masing masing kepenatan. Buah sudah dikutip. Aku pula membantu mereka mana yang patut. Nasib semua berpakaian lengan panjang dan seluar panjang kalau tidak tak tahulah mahu didigigit 1 badan. Nyamuk banyak. Inilah kehidupan di kampung. Kalau tak berbintat memang tak kampunglah namanya.
“Akak manggis ada 5 pokok je Abe kutip tau. Yang itu pun tak terhabis dapat dalam 4 guni. Abe tak larat dah “ kata Abe mengah sambil berbaring di pangkin. “Banyaklah tuh.Abe asingkanlah untuk Pak Raden dengan yang lain. Tinggalkan untuk mereka sikit” kataku kepada Abe. Terus dia bergerak kearah guni diletakkan sebelah kereta yang sudah penuh dengan manggis itu.  
“ Huhhh dah akak tapi lalang kat bahagian hujung kebun sana tuh tak dapatlah nak ditolongnya. Tinggi menggunung tuh. Tapi Wak Jamal kata tak pe tu nanti dia beres sih” kata Hairul sambil tangannya menunjuk kearah kanan dusun. Sedang itu dia menanggalkan mesin rumput tersebut dan menghantar mesin itu semula ke dalam setor. Bajunya dipenuhi rumput rumput kecil.
“Cukuplah tu asal dapat tolong mereka dah memadai. Terima kasih Hairul “ kataku padanya. Dia yang sedang menuju ke setor perkakas hanya melambai tangan kanannya tanda maksud ‘tak der hal lah..’. Kemudian Hassan pula muncul dengan menolak kereta roda 3 . Di dalamnya penuh berisi buah durian. Sudah 3 guni buah durian di letakkan di sebelah kereta Myvi Mikhail. “ Banyak eh yang gugur. Akak tengok tengah berputik lagi tuh” soalku kepada Hassan. Dia hanya mengangguk. Serius pula aku lihat dia bila memunggah semua durian durian tersebut ke dalam guni. “Ada lagi kak. Tapi banyak sangat guni tak cukup melainkan kita datang lagi esok hari.” balasnya. Di belakang aku lihat Pak Raden turut sama menolak kereta beroda tiga. Dia menghampiri Hassan pantas aku mendekatinya dan berkata “ tak pe Pak ambil sahaja buah ini yer kami ni pun tak terhabis.” Senyumku. Hassan dan Abe pun tersenyum sama. “terima kasih ya nak” balas Pak Raden seraya menolak semula kereta roda 3 itu ke halaman rumah pondok. Abe turut menyerahkan kepada Pak Raden seguni manggis yang dikutipnya tadi.
Dari jauh kelihatan Tifa dan Ikram masing masing sedang mengangkut sekotak polistrin bersaiz besar. “ Dapat ikan merah akak 3 ekor hehe.. ikan tongsan 2 ekor bawal hitam pun 2 ekor” laung Ikram. Aku hanya tersenyum seperti biasa ikan tersebut turut akan diberi kepada Pak raden. Sahaja aku menyuruh mereka menangkap lebih.
Mikhail pula sedang menyusun guni guni  rambutan dan pulasan tersebut dalam kereta Alphardku sambil dibantu Balqis dan Linda. Mikhail dan Pak Raden sudah lama sebenarnya siap meracun bertukar tugasan pula dengan yang lain untuk mengutip buah. Wak Jamal turut membantu mengangkat guni guni lain ke dalam kereta Alphard. Tong polistrin yang berisi ikan diletak dalam kereta Hairul. Mereka sama sama berganding bahu. Masing masing tidak bersuara penat kut.
Sebahagian daripada buah buah dan ikan yang di tangkap tersebut kami tinggalkan kepada mereka bertiga. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menunggu kami dan membantu kami. Setelah selesai semuanya di dusun kami bergerak pulang kali ini Linda memandu Myvi Mikhail. Tifa pula memandu kereta Hairul manakala Ikram pula memandu Alphard. Aku lihat yang lain sudah terlena. Masing masing kepenatan. Aku pun sama. Memanjat pokok rambutan tadi benar benar meletihkan

Jangan Bilang Tidak BAB 4-nuruladlincopyright


“Lepas makan pastikan berkemas, sampah buang pastuh ikat hantar ke luar esok pagi pagi orang kutip sampah nanti busuk berulat satu rumah berbau. Makanan yang mana patut masuk peti ais. Yang lain tuh abiskan jangan main tinggal jer. Nanti setan makan.” Bebelku sesudah makan ayat nih agaknya dah jadi macam radio pada diaorang.  Tepat pukul 8. 24 malam sekejap lagi azan berkumandang tanda masuk waktu Isyak.
Budak budak yang lain masih lagi asyik menjamah makanan yang dibeli di pasar malam tadi sambil menonton saluran Astro HBO 411. Movie  Star Trek yang ditayang itu benar benar menarik minat mereka sampai makanan yang disuap pun dikunyah pelan pelan. Bilalah nak habis kalau makan macam nih. Kata kataku tadi pun dibiar berlalu sepi. Aku hanya memerhatikan sahaja.
Masing masing menumpukan perhatian. Malam minggu seperti ni biasanya di ruang tamu inilah mereka melepak bersama menghabiskan masa sambil bergurau senda menonton Astro. Kadang kadang movielah,bolalah,tentang siri family Kardashians lah kira berubah ubah lah selera dia orang ikut turn lah kononnya. Ada masa 3 4 pagi pun masih lagi menghadap televisyen semata mata nak tonton semula ulang tayang. Apa tuh? Running Man ha. Terkekeh ketawa kalau tengok siri realiti korea itu. Ada masa aku pun join sekali. Hehe.
Aku memerhati sahaja mereka. Kedengaran azan sayup sayup, aku cepat cepat berlari anak ke bilikku ditingkat empat untuk menunaikan solat. Selesai bersolat aku berteleku berdoa. Alhamdulillah syukur sekali dengan nikmat Allah swt.
Kedengaran di tingkat 3 gelak ketawa mereka memecah kesunyian malam. Usai aku membuka telekung aku memeriksa jadual ku untuk hari esok. Aku tiada pembantu untuk merangka jadual segala apa yang perlu aku lakukan aku catit sekemas kemasnya di dalam buku tersebut.
Aku membelek helaian demi helaian di buku nota tersebut. Nampaknya esok tiada penggambaran maknanya bolehlah aku dan staffku berehat. Esok pun aku memberikan cuti kepada mereka. Aku tersenyum kecil bila mengenangkan perniagaanku ini berjaya akhirnya. Terbayar segala penat jerih pahit maung yang aku lalui selama ini.
Masihku ingat 6 tahun lalu waktu itu aku berumur 21 tahun. Selepas graduate diploma daripada sebuah IPTS aku membuat keputusan untuk tidak bekerja dengan orang tetapi berusaha sendiri. Berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran aku melakukan beberapa kerja yang melibatkan kerja kerja seni digital.
Aku mengambil tempahan membina montaj untuk syarikat korporat dan orang persendirian, aku menjadi freelance sebagai fotografer di bandar kelahiranku,tak cukup dengan itu berbekalkan ilmu didada aku mengambil tempahan membina laman sesawang, dan aku juga menjual secara online hasil kraftanganku berasaskan kain felt di blogku. Hasilnya amat memberangsangkan betullah kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Sedikit demi sedikit duit ku kumpul akhirnya dengan pertolongan datuk saudaraku. Aku mengusulkan cadangan padanya untuk memiliki sebuah studio fotografi di ibu kota. Duit pendahaluan pelaburan tersebut aku beri kepada datuk sedaraku itu. Maka dialah yang menolong segalanya dari A- Z. Bermula dengan pendahaluan RM100000 itupun ditambah oleh datuk saudaraku setelah melihat kesungguhanku , aku memiliki lot bawah rumah kedai di jalan Sultan Ismail pada usiaku 22 tahun.
Dengan 3 orang pekerja merangkap kepada fotografer , editor dan kakitangan studio kami berempatlah membangunkan studioku ini. Aku amat berterima kasih dengan mereka bertiga. Hashim sekarang dah menyambung pengajiannya semula dan bertugas di LES COPAQUE. Mira pula selepas mengumpul wang dia berkahwin akhirnya mengambil keputusan menjadi suri rumah. Bermula dengan perkahwinan Mira lah perniagaanku semakin laris. Mana tidaknya dia berkahwin dengan selebriti negara seberang rupanya.... Cehh,beria dia rahsiakan tau ! Perkahwinan Mira membuka pintu laluan rezekiku yang mencurah curah sejak itu. Memang memenatkan tapi syukur Alhamdulillah kurang dari setahun setengah studioku akhirnya berpindah di tempat baharu. Disebabkan tinggal aku bersama Raifa sahaja. Bertungkus lumus lah jugak kita orang memindahkan barangan studio.
Premis 4 tingkat di Ampang berdekatan Ampang Park inilah rumahku juga studio ku. Tingkat bawah aku jadikan lobi utama di studio. Bahagian tengahnya sahaja aku merekakan tempat untuk mengambil tempahan pelanggan, manakala bahagian belakang telah diubah suai menjadi tempat pameran produk gambar sepanjang aku menawarkan perkhidmatan ini. Terima kasih kepada Raifa yang banyak menyumbang idea. Manakala tingkat dua premis ini kami jadikan 4 tempat photoshoot baik dari segi komersial untuk modelling mahupun produk sahaja. Terdapat juga 1 dark room yang di ubah suai siap ada green screen lagi tau.
Tingkat tiga premis pula diubah suai menjadi 4 bilik. 1 dapur manakala tingkat atas pula ada 3 bilik. So total semua sekali 6 bilik tidur, 1 dapur, 4 bilik air di setiap tingkat  dan sebuah stor dihalaman belakang. Pada asalnya ianya sebuah rumah. Tapi dengan hasil usaha  datuk sedaraku yang turut membawa gelaran Dato’ Paduka itu membuat aku tak sampai hati menolak pemberiannya . Katanya ini hadiah sempena kejayaanku. Syukur kan.
Lagipun rumah empat tingkat ini cantik selepas diubah suai siap dengan taman lagi. So , pelanggan boleh memilih sama ada hendak melakukan sesi fotografi di luar studio atau dalam studio. Tak payah susah payah mencari lokasi startegik untuk merakam saat indah mereka. Studio aku pun turut menyediakan busana pengantin.
Atas faktor kekurangan pekerja akhirnya aku menyiarkan di akhbar dan membuat shout di blog dan website studio. Baru semalam aku display shout hari ini dah ramai yang menyatakan keinginan mereka ingin bekerja bersamaku. Tapi macam biasalah mereka datang dan pergi ada jugak yang tak tahan terus cabut biarpun hanya seminggu mula bekerja.
Itulah sedangnya dengar sahaja fotografer berebut nak jadi. Tapi bukan mudah. Seorang fotografer yang tinggi ilmunya bukan sekadar pandai ambil gambar. Tapi harus berdisiplin tinggi. Dia juga perlu kreatif dalam seni persembahan gambarnya. Sering kali aku mengadakan workshop ringkas bersama staffku walaupun mereka bukan fotografer mereka jugak adalah designer. Kerana setelah merakam gambar kerja kerja editing pula akan dilakukan. Demi mementingkan kualiti gambar ke tahap profesional aku mahu ianya betul betul dapat memberi impak yang besar dalam hidup pelanggan. Biar mereka tahu hasil kerja kita ikhlas.
Melihat kepada kecerewetan aku yang melampau agaknya adalah kot dalam 38 orang silih berganti quit dari bekerja. Tapi apa aku boleh buat. Mereka langsung tidak mahu berusaha pantang aku reject sikit dah masam muka. Kalau aku sendiri tak puas hati agaknya macam manalah customer tak bising. Hai...
Oleh sebab itulah hanya yang 8 orang ini sahaja yang mampu bertahan.  Orang pertama yang paling lama bertahan Balqis. Gadis ini asalnya dari Thailand. Datang ke Malaysia pada usia 8 tahun. Ibu bapanya sudah meninggal. Usia dia menjangkau 21 tahun ini. Badannya agak berisi tapi rupanya comel sekali macam Barbie doll. Sering kali customer pandang dia dua kali. Orang cantik kan. Aku tugaskannya menjaga akaun studio. Dia sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda pendidikan di UTM secara separuh masa. Katanya ingin bekerja sambil belajar. Duit bulan bulan digunakan untuk membayar yuran pengajian dan simpanannya.  Lagipun dia tiada keluarga selama ini pun dia membesar di charity home. Oleh sebab itu dia antara penghuni setia rumah banglo 4 tingkat ini. Alah bisa tegal biasa kak, katanya lagi.
Kemudian aku berjumpa dengan Mikhail. Anak muda ini selalu menghabiskan masanya dengan skateboardnya. Pada suatu hari nyaris aku terlanggar dia yang sedang meluncur di hadapan Mcd Ampang Park. Kalau tidak di tekan brek aku tak tahulah bagaimana naseb anak muda ini. Melihat luka di sikunya buat aku serba salah. Akhirnya aku bawa dia ke klinik berhampiran untuk memeriksa apa yang patut. Calar di keretaku aku abaikan. Apalah sangat jika dibandingkan dengan nyawa orang yer tak ? Dalam sakit sakit pun aku lihat mulut Mikhail tak berhenti menyakat doktor perempuan yang sedang merawatnya. Kepala masuk air betul budak ini.
Seminggu kemudian Mikhail datang ke studioku terkejut jugak aku melihat kelibatnya. Katanya dia sudah lama memerhatikan studioku ini dan memasang keinginan ingin bekerja disini. Aku hanya memandangnya meminta kepastian. Sebenarnya aku khuatir dengan usianya baru 15 tahun ketika itu takkan dia tak mahu bersekolah pula. Setelah dia menjelaskan situasinya benar benar membuat aku tercengang. Rupanya Mikhail sudah dua tahun berhenti sekolah gara gara asyik dipukul ayahnya kerana tidak bekerja. Dia juga dihalau ayahnya minggu sudah kerana menegur bapanya meminum arak. Ibu bapa pula bercerai. Hanya dia seorang sahaja yang tinggal selepas adik dan abangnya meninggal dunia dalam kemalangan 4 tahun sudah.Aduhai kesiannya..
Melihat kesungguhan dia meminta kerja aku menerimanya. Seronok sungguh Balqis dengan kedatangan Mikhail. Dia yang rajin memasak mengajak Mikhail terus ke dapur setelah mengetahui keadaan Mikhail. Raifa pula menyiapkan sebuah bilik di tingkat 3 untuk Mikhail. Petangnya pula diajaknya Mikhail dan Balqis ke pasaraya Jusco di Wangsa Maju untuk menggantikan baju Mikhail yang beberapa hari tidak bertukar. Aku pula menguruskan persekolahan Mikhail yang tertangguh selama ini. Yang pasti Mikhail harus kembali ke sekolah dan ambil PMR. Apa cara sekalipun!
Akhirnya kesungguhan Mikhail membuah. Keputusan PMR nya di luar jangkaan ku apabila dapat 8A , SPM pula 5A1  4A2 dan sekarang dia sedang menghabiskan tahun akhirnya di Universiti Malaya dalam Diploma Seni Bina. Sepanjang Mikhail dalam jagaanku dia juga turut menyumbang bakti dalam studio ini. Aku tugaskannya sebagai penyelia harta intelek . Hasil dari tunjuk ajar Raifa pula Mikhail sudah bergelar Profesional Fotografer. Dia selalu dipanggil oleh Nikonian iaitu sebuah group fotografi yang terunggul di Malaysia sebagai salah seorang tenaga pengajar. Di studio inilah selalunya dia mengajar anak anak muda yang berkeinginan mempelajari gadjet canggih DSLR ini.
Kedatangan Linda selepas adanya Mikhail membuka lembaran baru dalam studio ini. Dia sebaya Mikhail. Anak gadis ini lebih menjurus kepada designing. Hampir ternganga aku dengan hasil kerjanya. Dia lari dari rumah setelah habis SPM. Katanya, ibunya mahu menjual dirinya pada tokey rumah urut setelah ayahnya mencari pasal di rumah urut tersebut. Akibat tidak tahan dengan ugutan demi ugutan dia nekad membawa diri. Dia ingat hidup di luar cerah rupanya tak mudah untuk dilalui. Akibat daripada perbuatan ayah dan ibunya itu dia sukar hendak mempercayai masyarakat. Akhirnya dia berjumpa dengan aku. Setelah dua tahun mengumpul duit dan menerima bantuan PTPTN akhirnya melanjutkan pelajaran di The One Academy.
Abe pula aku temui 3 taun lepas sewaktu dia baru berusia 11 tahun. Masa itu aku sedang mencari perkakas dapur di Chow Kit bersama Mikhail dan Balqis. Raifa dan Linda pula tidak mengikut. Hari ahad kan. Mereka ingin bersantai di rumah sambil membuat taik mata. Abe yang berlari laju macam lipas kudung itu mengejutkan kami habis jatuh semua perkakas dapur yang kami jinjit. Di belakang kami ada 3 orang lagi lelaki cina sedang mengejar Abe. Aku yang kaget melihat insiden itu hanya mampu memandang. Mikhail tanpa berlengah turut mengejar Abe. Dia melindungi Abe dari dipukul 3 lelaki tersebut.
Abe hanya mampu menangis teresak esak di tangannya masih erat memegang seplastik roti Gardenia perisa jagung. Lapar kut,desis hatiku. Aku mendekati mereka setelah mengetahui Abe mengambil roti tersebut dari kedai runcit mereka. Hanya kerana sekeping roti mereka sanggup membunuh. Akhirnya aku membayar RM100 sebagai ganti rugi. Aku lihat sudah ketar Abe. Pasti sudah lama tidak menjamah apa apa. Kata Abe lagi dia tidak tahu mana hendak dituju kerana mak  dan babahnya sudah berkahwin lain. Aku menyuruh Mikhail membawanya pulang. Sebelum balik aku drive thru McDonalds dan memesan makanan yang ingin di makan Abe. Terpancar kegembiraan diwajahnya. Balqis dan Mikhail juga tersenyum melihatnya. Kami masing masing membuat keputusan untuk membawa Abe pulang. Sejak hari itu bertambahlah lagi ahli studio. Dan seperti Mikhail aku turut mengusahakan Abe persekolahannya. Abe memperoleh 4A 1B dalam UPSR. Walaupun dapat tawaran Sekolah Menengah Sains,dia berkeras mahu duduk di ibu kota sahaja menemani aku .  Katanya lagi ingin membalas jasa aku. Apa-apa ajalah Abe.
Tifa pula sengaja memilih studioku sebagai tempat praktikalnya akhirnya dia jatuh cinta dengan studio tersebut. Walaupun sudah tamat waktu praktikal dia masih berkeras mahu duduk di banglo tersebut katanya lagi inilah Full House. Hairul pula anak orang kaya. Kedatangannya memang mengejutkan. Bapanya yang merupakan pengarah besar Sime Darby betul betul buat aku terperanjat. Itu pun setelah menerima kad jemputan daripada ibunya menjemput kami sekeluarga ke majlis ulang tahun bapanya di rumah besar keluarga mereka. Katanya ingin berjalan di atas tapak kaki sendiri. Kalau ibunya sendiri tak boleh buat apa apa inikan lagi aku. Hairul Hairul !
Sebelum kedatangan Ikram Raifa pula membuat keputusan mengundurkan diri katanya lebih senang menjadi petani moden. Dia mengusahakan ladang teh milik keluarganya di Cameron Highlands. Tiap tiap minggu ada sajalah kotak teh pelbagai perisa dikirimnya untuk santapan customer. Baru sehari Raifa pergi kami menerima Ikram. Dia nih kaki kelentong. Ada aja yang nak dikelentongnya. Yang peliknya kita orang boleh percaya bulat bulat walaupun benda tuh kedengaran agak tidak logik. Macam mana dia boleh join? Sebab dia memberi kampus kepada Mikhail. Katanya duduk dekat banglo nih lagi syiokk daripada kat kampus. Tak habis habis dengan syiokk dia.. Setiap bulan bila aku bayar gaji dia. Dia menolak katanya dia tinggal situ sewa pun tak bayar makan pula free kira kerja dia buat tuh halallah. Yang sebenarnya dia anak orang berada.
Hassan pula baru sahaja join ahli studio. Inilah satu satunya pekerja yang aku ambil daripada website setelah dia mengirimkan resume. Mukanya persis sekali Arja Lee. Badan pun tegap macam model. Kalau model tak datang on time dialah orang sambar jadi ganti. Alamatnya sampai sekarang dia masih begitu. Oleh kerana terbiasa dengan kerja modelling. Dia dilamar menjadi part time model di Red Carpet & Talent daripada Singapura. Hei seronok sungguhlah dia berjalan keliling dunia tapi asal balik je penuh lah but kereta dengan segala macam ole-ole yang dipesan seisi rumah.
Itulah gelagat seisi rumah banglo 4 tingkat nih. Kadang kadang letih pula aku melayannya tapi kalau tiada dia orang hei sunyi sepilah rumah merangkap studio ni... tak dapat kubayangkan hari hari tanpa mereka.

Jangan Bilang Tidak BAB 3 -nuruladlincopyright


Bab 3
Adi merangkak perlahan ke katilnya. Letih sungguh dia hari nih. Memang meletihkan. Dia mengangkat tinggi tinggi kaki kanannya. Tak pasal pasal luka kakinya. Kalau diikutkan mungkin hanya sedikit sahaja luka tersebut. Hish , susah betul jadi aku ni. Desis hatinya. Dengan hati yang membengkak akhirnya dia terlena.
“Assalamualaikum boleh saya berjumpa dengan anak tuan rumah “ dari jauh pakcik yang berketayap lengkap memakai jubah berwarna koko cair tersebut dipandangnya. Ketika itu dia baru sahaja hendak duduk berehat di halaman rumah sambil memerhatikan beberapa orang yang sedang jogging petang itu.
“Waalaikummusalam pakcik. Ya saya. Ada apa yer silakan masuk pakcik” bergegas dia kearah pintu pagar untuk dibuka bagi mempersilakan pakcik tersebut. Setelah mereka duduk. Pakcik itu menepuk belakangnya lembut. Berulang kali bagai menenangkannya. Dia mula pelik apabila melihat raut wajah pakcik tersebut.
“Terima kasih nak, beginilah panggil sahaja pakcik Pak Rafi. Harap kamu tabahlah selepas mendengarnya.” Pak Rafi berat agak berat untuk meneruskan ucapannya. Namun dia meneruskan juga apa yang ingin disampaikan
“ Pak Rafi sudah berusaha sedaya upaya melakukan apa yang termampu” katanya sambil menarik tangan Adi “ Tapi Allah lebih menyanyangi mereka nak”
Tiba tiba dia terasa sejuk. Disisinya kelihatan beberapa bentuk empat segi. Macam... Dan di hadapannya ada beberapa katil. Kain putih menutupi badan manusia di atas katil tersebut. Dia cuma melihat. Pintu dikuak dari luar. 3 lagi katil ditolak. Tapi kenapa semuanya dilitupi kain putih. Hatinya mula tidak sedap. Tubuhnya benar benar kesejukan. Tempat ini bagai pernah dilihat. Tak asing lagi tapi dimana??
Tanpa di suruh dia mengatur langkah mendekati salah sebuah katil tersebut.,Tiap katil kain putih itu jadi  merah. Darah ker?  Tangannya menyelak kain itu. Degupan jantungnya begitu laju. Dilihatnya wajah yang begitu ngeri. Tangan mayat itu berkecai macam daging lenyek. Matanya beralih ke wajah mayat tersebut. Mahu pecah dadanya apabila melihat mayat tersebut.
“Adikkkk!!!!!!!!!! Adikkk!!!” mengongoi dia menangis. Dia lihat sekelilingnya orang kesayangannya dalam keadaan mengerikan. Bersengguk sengguk dia menangis akhirnya dia jatuh terkulai di situ. Tiba tiba dunianya menjadi kelam terasa macam berputar.
Cepat cepat dia mencelikkan mata. Astafirullahalazim itu yang diucapkannya tatkala sedar. Peluh sudah mengalir laju di badannya. Abah,mama,angah,kak der,abg Amin,adik Amir dan adik Amar!! Kuat sekali comforter digenggamnya. Air mata makin deras mengalir. Tak tertanggung sudah rindu pada mereka. Begitu pahit untuk dia telan begitu perih untuk dia lupakan. Kehilangan 8 keluarga serentak termasuk si kecil Misha manakan mungkin dapat dia lupakan sedangkan masih terngiang – ngiang suara mereka di telinga!

................................................................................................................................................
“Sikit lagi dik...keep stronger. You must strong” doktor lelaki muda itu bersungguh memberi semangat padaku.
“Sakit.. Saya tak boleeehh..” balasku lemah masih berupaya untuk bertahan.
Be strong dear. You must strong now pushhhh” terus sahaja dua lagi nurse disisiku sahut bersama. “Pushhh..pushhh dikk” dua nurse yang layak dipanggil kakak itu begitu bersemangat dan tak pernah jemu memberi semangat padaku.
Salah seorang akak nurse itu mengenggam tanganku “Dik kuatkan..... sikit jer lagi baby dah sampai bawah dah rambut pun dah nampak. Teran kuat sikit ingat Allah banyak banyak cepat push nanti baby lemas” melihat kepada kesungguhan mereka dan probability yang tinggi akan terjadi pada bayiku kugagahkan sedaya upaya aku untuk meneran.
Dengan berkat salawat ke atas Nabi Muhamad Saw dan beberapa potongan surah dan doa untuk memudahkan bersalin aku akhirnya bertenaga semula untuk meneran. “Good girl..tengok baby dah keluar.See shes very strong and baby very cute.” Kata doktor bernama Raymond itu kepadaku sambil meletakkan anak kecil itu ke atas perutku.
“Kak yong tau fu nih nak beli berapa ringgit?” soal Balqis menyentakkan lamunanku. Aku melipat akhbar Metro Harian  yang sedang ku baca sekemas-kemasnya.
“Belilah ikut kau orang. Tak cukup duit bagi tahu akak yer..” dengan senyuman Balqis berlalu dia mencelah kearah orang ramai yang sedang berkerumun di sebuah gerai. Malam jumaat begini di Jelatek memang penuhlah manusia. Almaklumlah pasar malam ditambah pulak esoknya hujung minggu. Ramailah mencuri masa keluar mereleased tension. Aku pulak dengan lagi 8 orang budak budak nih memang muka pasar malam. Pelbagai pilihan juadah ada sapa tak kecur air liur kan??
Aku belek belek semula akhabar Metro Harian. Hmm sejak sebulan dua nih langsung akhbar tidak ku gara gara kesibukan tahap maksima. Harapkan Abe aja yang sememangnya ditugaskan setiap hari untuk membeli 4 nakshah akhbar setiap hari di kedai 7eleven sebelah premis studioku tapi haram disentuhku . Melihat kepada petikan akhbar yang melaporkan mengenai pembuangan bayi begitu meruntun hatiku. Tergamaknya mereka!
Apalah salahnya anak kecil ini? Tidak adakah sekeping hati untuk melihat dia hidup? Kenapa perlu malu setelah melakukan salah? Manusia siapa mampu merubah mereka jika tidak mereka sendiri,getus hatiku.
Dari jauh aku lihat Linda sedang membayar duit kepada peniaga kacang rebus. Dia memang hantu kacang rebus. Kacang rebus yang dahulunya se pot RM1 sekarang dah RM2. Barang makin naik harganya tapi kualiti masih begitu. Dia mengeluh kecil.
Masih dia ingat Linda dahulu ketika kali pertama bertemu. Gadis yang iras Pakistan mukanya itu begitu susah dibentuk. Namun kerana kasih sayang yang tiada penghujung dia bersabar dan menahan hatinya supaya sentiasa bersabar. Gadis itu dilihatnya sering merayau-rayau di stesen bas di Titiwangsa. Hairan sungguh. Memikirkan keselamatan gadis itu terus Alisaa bertindak mendekatinya lalu membawanya pulang ke rumah dia.Diberi makan dan pakaian baru.
Disitulah bermulanya kehidupan Linda , mula mula memang Linda agak dingin dengannya. Kononnya dia bersikap busy body tentang hidup gadis tersebut. Tapi selepas dia menyelamatkan gadis tersebut dari di ragut 4 tahun lalu sampai nyaris mengorbankan nyawa sendiri. Akhirnya membuat Linda sedar bahawa dia benar benar ikhlas ingin menolong Linda. Sejak malam itu , Linda berkeputusan menetap terus di rumahnya tetapi dengan syarat tidak duduk bergoyang kaki. Anak gadis itu mahu pekerjaan yang menampung hidupnya. Dia tak mahu hidup menyusahkan orang.kata anak gadis itu lagi, “ Ini prinsip hidup saya kak!”. Mengenangkan peristiwa itu Alisaa tersenyum.
Di tengah tengah traffic jammed manusia , aku lihat Mikhail sedang menjijit 2 plastik besar. Sebelahnya pula Hassan sedang memerhatikan beg plastik makanan agak  banyak diborongnya. Mereka sedang bergelak ketawa, entah apalah agaknya yang lawak pada mereka. Dua orang nih kalau tiada sehari di studio memang tak sah lah hidup nih. Kalau kecoh serba serbi tuh dua orang nil lah kepala hantunya! Kadang kadang aku pun disakatnya. Masih teringat seminggu sudah ketika aku hendak naik ke tingkat 3 tiba tiba sahaja aku terlihat pocong dan langsuir. Mau gugur jantung aku melihat Mikhail dan Hairul bergelak ketawa. Sabar jer laa dapat adik adik yang masuk air merangkap staff nih.
Tifa mendekati sambil menjijit beberapa plastik, “ Heee dah siap akak nih duit lebih yang akak bagi tadi...” kata Tifa sambil menghulurkan not RM10,RM1 dan syiling 50$ yang baru. “Ameklah simpan dik.. leh guna untuk reload nanti” kataku sambil tersenyum. Tifa terus sahaja memasukkan not not tersebut di dalam dompet Domokunnya. Aku hanya menggeleng. Budak nih kalau tak ada Domokun depan mata boleh demam agaknya.
Dengan sengih yang melebar Tifa menarik kerusi, dari tadi dia asyik sekali menyedut air Lemon Blue yang bewarna biru.  Aku perhati rupanya yang persis Nora Danish tapi membezakan mereka ketinggian. Ya dia memang tinggi. Staff lain menggelarkannya ziraffe. Namun dia menggangapnya sebagai gurauan sahaja. Langsung tiada istilah sakit hati dalam hidupnya tentang perihal itu. Tapi jika ada sesiapa mengusik koleksi Domokunnya memang 1 studiolah dia berkejar untuk mendapatkan semula barangan itu. Masih aku ingat Hairul yang menyakatnya sampai pecah berderai cawan porselin berillustrasi Domokun itu.
 Seminggu mereka tidak bercakap sampailah Hairul akhirnya terkena tulah! Cirit birit. Barulah Tifa menghulurkan pertolongan membawa Hairul ke klinik Syifa 24 jam depan studio sewaktu orang ramai sedang lena tidur. Mana tidaknya pukul 2 pagi tapi kalau nak sakit tidak mengira masa bukan. Tahu tahu aja dah masuk wad barulah Tifa call aku. Mau tak terkejut aku. Katanya kebetulan sahaja melihat Hairul sedang kesakitan. Pelik pula aku bila melihat situasi tersebut. Sepanjang 2 hari Hairul terlantar sakit Tifalah menjaganya. Bukan yang lain tak amek kisah tapi melihatkan kesungguhan Tifa. Hei ramai lah surrender tanda mengalah. Aku pun turut kibar bendera putih.
Sekejap sahaja mereka sudah berkumpul. Balqis menjijit seplastik besar yong tau foo dan beberapa bekas tau foo fah. Abe pula nampaknya tak sabar sabar dah nak menikmati ayam madunya. Bahagian kepak paling dia gemar. Mau 5 potong jadi hak milik dia seorang. Ada lagi, 3 bungkus nasi kerabu lauk ayam masak merah,yang plastik biru pulak nasi ayam berempah ada 2 polistrin yang hijau punya plastic ada 2 bungkus nasi lemak berlauk ayam. Ni lah abe kalau menyuruh dia membeli makanan  ayam memang tak lari. Makan kuat buat kerja pun tak pernah culas. Muka pun mamai lagi. Baru bangun tidurlah dikatakan.
Ikram pula sedang memeluk sebijik besar tembikai kuning dengan sebelah tangan kirinya. Nih memang hantu tembikai adakalanya dia rajin sangat sampai buat jus tembikai. Memang power lah aku cakap. Katanya nak jadi chef tapi takut percikkan minyak buatnya jatuh saham. Kalau dia menggoreng ikan badannya kalau boleh sebatu jauhnya. Nak tak nak aku lah jugak turun padang. Last-last dia masak nasi. Itu je lah kepakarannya. Ingat tembikai aja rupanya ditangan kanannya kelihatan seplastik besar aneka jenis mangga. Favourite katanya.
Hairul pulak dengan rangka ayam goreng adalah dalam 4 ekor ayam dibelinya. Pelik jugak aku budak budak nih kerap sangat memamah tulang ayam. Nikmat kononnya. Tuh di sebelah kanannya, sebelah kirinya pulak kelihatan beberapa makanan basah. Sahaja aku pesan kepadanya dan memberikan not RM 50 untuk membeli makanan basah di dapur. Hassan pula penuh dengan plastik kuih muih. Yang Mikhail pula dengan plastik plastik air soya, lai chi kang lah, air katira pun ada. Taktik tak nak bancuh air kononnya. Sebab dialah muka bancuh air selalunya.  Bila melihat cara pembelian dia orang nih macam berpakat pula kan? Ini lah perbelanjaan berhemah ye tidak??
Aku yang sedang duduk di meja cendol  Pak Rahmat dikerumuni mereka semula. Sahaja aku malas bergerak dalam kesesakan orang ramai. Biar mereka aja yang membeli apa yang mereka mahu aku pula cuma memesan sahaja. Tentang duit meskipun mereka ada income sendiri aku tetap menghulurkan duit. Mereka sudah ku anggap seperti adik adik ku sendiri. Lagi pula aku paling tua. Yang tualah kena tunjuk teladan yang baikkan.
“Aakkakkkk nih duit lebih” kata Abe  seraya aku berdiri. “ La keep the change yer..”  kata ku. Masing masing sudah menyengih. Ada sajalah idea dia orang nih. Duit yang aku berikan  itu selalunya dikumpul mereka bersama kemudian cukup bulan ada ajalah makanan yang terhidang di atas meja. Ha lagi satu makanan delivery tengah tengah malam tuh hasil dari duit baki itulah. Inilah konsep berpakat dia orang yang paling aku respect. Nampak aku berdiri masing masing sudah mula mengatur langkah ke tempat parking berhampiran. Alarm kereta bunyi menandakan pintu terbuka Abe macam biasalah berlari lari masuk kereta Alphard itu. Hairul pula memandu sendiri kereta Gen 2 nya. Bukan aku tidak tahu sikapnya yang tidak suka menunjuk itu tapi katanya kuli mana boleh up dari bos kak hehehe. Sindirannya berbaur gurauan itu memang sengaja kenakan aku.
Hai nampaknya pesta makanan lah balik nih......
.......................................................................................................................................................
“Puan Maria!!! “ jerit Reza sambil bersiul siul menaiki tangga rumah itu. Seronok sangat dia padahal resah di hati dia saja yang tahu.
“Ooooo Puan Mariaaaa..” makin nyaring pula suaranya itu. Dia sampai di tingkat atas rumah 2 tingkat itu. Terus sahaja memeriksa bilik bilik yang ada di tingkat tersebut.Habis semua bilik di check namun bayang Puan Maria langsung tidak kelihatan dia menggaru kepala yang tidak gatal berusaha mencari hint berikutnya. Lagi susah dari soduku lah dia nih!
Haiyoooo.. budak bertuah. .. “ suara Puan Sri Maria yang kedengaran begitu resah gelisah mengejutkan Reza. Pucat mukanya. Apa tidaknya dah Puan Sri Maria datang dari belakang. Terus Reza mengusap dadanya.
“Hehehehehe..kiterrr dah balikkk..muahhh..” pantas dia memeluk tubuh tua itu. Mencium pipi tua itu penuh kasih. Tapi mamanya nampak tak puas hati jer. Apalah yang dia dah buat nihh..
“Mama cari kamu mana kamu pergi selama nih telefon tak berangkat ,messages pun agaknya kamu deleted. Kalau kamu sayang kereta lembu kamu tuh baik kamu ikut Pak Ngah pergi Hotel. Bak sini passport kamu. Jangan harap mama akan lepaskan kamu kali ini“ mencekak pingang sudah Puan Sri  Maria dibuatnya. Anak terunanya yang seorang ini benar benar buat dia boleh dapat darah tinggi.
Baru Reza ingin bersuara. Puan Sri Maria sudah meraba raba segala poket yang ada di badannya. Tak cukup dengan itu mamanya telah merampas beg di tangan dan dengan slumber mencampakkan harta bendanya itu ke karpet di lantai. Mama mama.. ,getus hatinya sambil mengeleng geleng kepala.
Akhirnya buku merah itu digenggami Puan Maria. Reza tidak mampu melawan kalau tidak kepalanya pasti di luku Puan Maria silap silap kereta Ferrarinya itu ditarik kunci. Ouh tidakkk!! Mamanya memang anti bagai dengan enjin Ferrarinya itu. Katanya bunyi macam lembu marah jer.  Haha mama mama!
“Nih nampak nih mama dah telefon semua pejabat pendaftaran kalau Reza melaporkan kehilangan passport pastuh renew kan semula jagalah kamu!” ugut Puan Sri Maria lagi sambil menunjukkan buku passport tersebut ke muka Reza. Tanpa banyak soal dia melangkah kebiliknya dengan niat menyorok passport anaknya itu ke dalam peti besi. Dia terpaksa berbuat demikian daripada membiarkan anaknya terus berfoya foya tak tentu fasal.
Lagipun bukannya dia tidak tahu kegiatan anaknya itu. Kalau perempuan simpanannya dah memang boleh dijadikan Sukan Olimpik. Tahu kenapa? Sebab peserta Sukan Olimpik kan daripada pelbagai bangsa dan negara. Ha macam tu lah gadis gadis dalam hidup anaknya. Kali ini dia benar benar hilang kesabaran.
Reza hanya memerhatikan mamanya berlalu sahaja. Harta bendanya yang bersepah gara gara mama tersayang dikutipnya satu persatu dan dimasukkan semula ke dalam beg galasnya. Selesai itu dia mengatur langkah ke biliknya. Dia mahu tidur. Dia sudah penat. Dan pastinya dia mahu kembali bertenaga apabila bangkit nanti. Dia berlari sepenuh hati dan melompat kearah katil. Itulah sikapnya sejak kecil lagi. Nikmat!!
“Rezaaaaa!!! Mama tak habis cakap mana kamu nih!!” jerit Puan Sri Maria menyentakkan kenikmatan pembaringan Reza.
“ Erkk.. Mati akuuu!!” kata Reza perlahan sebelum dia senyap senyap menyusup kebawah comforter tebal itu dan krohkrohkroh...
Terdengar pintu dibuka kasar “Hei anak bertuah....sabar jer lah aku. Bangun kang aku standby jer sini jaga kau..” Puan Sri Maria bersuara sambil menutup semula pintu. Sebelum itu dia menarik ke atas comforter ke dada anaknya. Walaupun anaknya itu nakal ya rabbi tapi kasih dia sebagai seorang mama terpahat abadi! Dia mencium penuh kasih di dahi anaknya itu dan terus berlalu keluar setelah menutup pintu.

Jangan Bilang Tidak BAB 2 -nuruladlincopyright


“ Good evening MISTER.....” kataku sambil meminta kepastian . Kelu sebentar lidahku. Tu lah tadi sombong tak tanya Balqis sapa nama mamat nih. Aduh...
“Hei,kawan kau tak ingat aku aper. Apek lah nih adoi.. “ katanya.
Apek? Manalah pulak aku ada kawan nama apek. Eh kejap kejap apek tuh Afizi.  Kat sekolah manjanya panggil Jiji. Tapi kat sekolah Apek. Ha betul la sangat tuh. Ni lah mamat yang paling rapat dengan aku time sekolah dulu. Banyak jugak rahsia kita orang kongsi bersama. Hehehe. Dia nih kiatorang panggil Apek sebab mula mula masuk sekolah muka dia macam Chinese tapi cakap melayu apa derr..
“Ha dah siap loading? Kau nih dari dulu selooowwww tau” selamber Apek cakap aku selow sambil mengajuk eksyen cikgu sekolah kita orang dulu. Terus ketawa aku dibuatnya. Lantas mengingatkan aku kenangan di zaman persekolahan. Rindunyaa..
“Haha aku tak perasanlah kau handsome sangat. Eh cam ner kau boleh jumpa studio nih? “ soalku dengan ketawa yang masih bersisa. Aku lihat 5 lagi staff aku tersengeh ajer memandangku. Pasti mereka sangka aku berjumpa boyfriend.. Budak budak nih kalau tak di warning memang gamatlah premis studio nih. Dengan menggunakan isyarat mata terus dia orang cepat cepat menyambung kerja. Heii masing masing  kaki sakat..
“Kau punya pasal 1 Malaysia sanggup aku jelajah” balasnya.
“Banyaklah kau punya jelajah. Hai rindu jer aku kat engkorang semua nak –naknyer time sekolah dulu. Ha wei duduklah..” aku mempersilakan Apek duduk di depanku. Serentak itu Balqis menatang sedulang mangkuk berisi kuih muih dan aneka kek serta teh hijau.  
Setelah Balqis beredar Apek bertanya , “ Kau dah jadi tokey pun tak nak bagi tahu aku kan” tak puas hati ler tuh, aku sengeh jer. “Nih pun aku baru jer berjinak jinak. Kau aper cerita? Jadi engineer eh? Mesti mahsyuk kan “ aku bertanya semula padanya. Ya memang seingatku Apek dulu ambil kos engineering di Universiti Malaysia Pahang.
“Aah aku engineer cabok jer tak macam kau tokey ramai workers hehe” tu lah sedangnya kalau berjumpa dengan rakan rakan sekolah ku ni. Pasti ada ajer topik nak kenakan aku.
“Haha hotak kau. Well tadi Balqis kata kau nak tempah pakej” soalku.
“Aah tapi bukan untuk aku. Kakak aku. Kau ingat lagi tak. Dulu kan kau pernah datang ambil gambar untuk akak aku yang pertama la nih yang keempat. Kedua dan ketiga dah selamat dah. Hei aku jer lah belum lagi. Yang kau pun satu sesuka hati jer mendissapearkan diri pesal. Susah tau aku nak cek member untuk ambil gambar naseblah kali nih aku Google abes abes. Tuhan tuh turunkan cahaya petunjuk jumpa jugak website studio kau nih.” Amek kau berlambak dah ayat Apek nih bertepek kat muka aku. Aku hanya tersenyum kelat tak mampu membalas.
“Aku bukan ape Jiji. Aku tak nak sebab aku masih hubungi engkorang dia salah faham.” Kataku perlahan lalu melontarkan pandangan kea rah air pancut buatan di ruang lobi itu.
“ Hmm tuh aku tau. Kau relakslah. Dah sejauh nih kau berada. Kau jangan risau okey. “ senyumnya seraya berkata. Inilah sahabatku.
“So aku da pilih pakej tadi dengan Balqis. Hehe aku saja jer minta Balqis panggilkan kau turun tau sebab aku nak tengok and make sure kau nih betul betul manusia yang aku carik hahaha” kata Apek lagi.
“Bongok betul dia nih perangai tak ubah ubah. Aper kau ingat aku chimpanzee..” balasku sambil menjengilkan mata.

“ Sumpah aku tak cakap tapi kau yang mengaku well aku redha jerp haha. Tadi tok selection photographer aku nak 4 orang. Staff kau pun aku tengok dalam 8 orang kan. 3 freshie. Semua termasuk kau adalah dalam 9 orang wow.. excellent tak sangka member aku nih dah tunjukkan taringnya. “ nilah Apek dia ni selenger tau.
As good freebies aku nak kau lead kan team photo yer babyku Alisaa.. hehe.” Katanya lagi sambil tersengih sebijik macam beruk mak yeh.
“ Yerlah yerlah sesuka kau jer perintah perintah aku kan wekk.. sapa baby kau..??” marahku dalam nada bergurau.
“Haha marah lettew. Nih kad kahwin tadi dah bagi kat reception punya form tapi tok kau bos kan aku bagi kali kedua hehe. Datang tau jangan tak datang..sayang kauu..” lepas dia meletakkan kad kahwin berenvelop hijau muda itu terus dia melangkah keluar. Hei Apek  Apek.. Macam tu lah kau kan. Haha gelakku sambil menghantar pergi Apek keluar dari studioku dengan pandangan mata.
Baru sahaja aku keluarkan handphone dari seluar slack  tiba tiba satu pesanan ringkas dari nombor tidak dikenali masuk. Terus sahaja aku tekan Read.
“Nih aku punyer number klu ada aper aper msg jer klu aku xagkat fon tau. Save num ni sekrng n jgn tkar num dah. Tkarlah klu kau idamkn sekeh dr aku wahaha.”
Terhambur terus ketawa aku . Nih pasti kerja Apek. Haha Apek Apek tak habis habis dengan perangai mengugut kau tuh.
Aku lihat pekerjaku masing masing berbisik,tak kurang yang sengih sengih. Diaorang nih kalau nak diam kena ada habuan “ Aper tengok tengok ?? Kang elok duduk kat Popeyes tercampak kat mapley pun best kan”
“Alaa akak Alisaa nih tak syiokk betullah” kata Ikram dengan muka memeynya.
“Da tuh akak tengok dari tadi coversleeve tuh cenggituh jer. Kang customer mintak awal product dia orang mau halilintar memecah studio akak nih dibuatnya korang..” slumber aku bersih diaorang nih.
Aku bukan apa  aku mahu semua pekerja ku ini mementingkan kualiti bukan kuantiti. And lagi tuh pentingkan customer. Make customer tuh number 1 always by the way customers always rights. Tu lah yang selalu aku tuturkan pada dia orang nih. Agaknya mau dah lekat kat kepala otak dia orang hehe.
“Yelah kakak ku sayang..” macam biasa nilah dia orng balas. Serentak pulak tuh. Macam ada time keeper jer. Macam aku melatih choral speaking pulak hehe.
“Kalau macam tuh buat kerja on time pukul 7 malam make sure semua siap kita ada dinner dekat Felda d’ Saji malam nih , lagi satu tuh kat dapur tuh sebelum terbakar satu premis nih baik kau orang check dulu ape menda yang hangit nih. Dari tadi akak bau menda sama.” Kataku. Balqis yang ralit memandang skrin laptop terkocoh-kocoh dia berlari ke dapur. Pelupa betul Balqis nih.
“Aik tadikan kata nak gi Popeyes huhuk” sampuk Samad yang putih melepak yang membahasakan dirinya Abe. Budak berusia 13 tahun  ini banyak mengingatkan aku kepada seseorang. Benar benar mirip dengannya. Agaknya tahun ini pasti dia sebaya Abe kan. Soalku dalam hati. Tiba tiba rasa sebak menyapa hati ku.
“ Saya makan free orite jer akak hehehe..” sampuk lagi seorang pekerjaku ini. Linda inilah satu – satunya pekerja yang begitu komited dan bersungguh  dengan kerjanya. Tiap kali customer ingin membuat tempahan pasti hasil tangan Lindalah paling menambat hati mereka berbanding yang lain. Akibatnya masing masing berebut ingin mempelajari dari Linda. Alhamdulillah Linda tidak loket ilmu.
Dalam pada kekecohan itu aku mencelah “ Malam nih akak belanja special punyer. Buffet. Kau orang nak makan aper makanlah. Nih tiap tiap minggu asyik nak deliver fast food jer mau berkarat lah perut akak nih dengan segala mak datuk MSG tuh.”
Mendengar aku bersuara masing-masing terkekeh ketawa. Agaknya lawak sangat lah kut ayat aku tuh. Melihat mereka sakan gelak ketawa bagai tiada henti aku mengatur langkah naik semula ke tingkat dua premis tersebut. Aku ingin membuat double check untuk penggambaran hari esok meskipun mempercayai kakitanganku tetapi aku sebagai ketua haruslah bersikap bertanggungjawab dengan setiap yang berlaku. Sikap lepas tangan sangat sangat aku anti. Wek..

mykenit says : final decision

welcomee visitor.
Hampir 4 bulan tentunya usia blog aku. Maaf kepadatan waktu tidak mengizinkan selalu menaip citra abjad dan huruf di sini. BAGITAU mykenit is very awesome day by day. Sibuk urus mykenit sampai tak sedar going to 5 month already.
Allah maha berkuasa maha pemurah kasih sayang yang aku limpahkan untuknya membesarkan dirinya. alhamdulillah aku lepas tahap tahap kritikal. okey stop kejap cerita pasal mykenit. Sekarang aku nak introduce about big two project.
first tentang hobi terbaru aku. Penulisan. aku dah mula menaip bait bait manuskrip novel. kisah tentang diri sendiri ke? Tidak dinafikan. terima kasih kepada beberapa watak yang berjaya aku garap dalam manuskrip ini.
sebenarnya hampir 3 bulan aku menyiapkan ini. memberi ketenangan dan kepuasan 100%. tentang watak watak yang diketengahkan adalah beberapa watak dari kenalan aku sendiri. mereka banyak memberi semangat pendorong even atas kehilangan aku tanpa jejak.:)
dan beberapa perkataan mungkin tersalah eja atau typing error bukan disengajakan. sebenarnya aku menggunakan media tablet atau android menaip. cuma kerja kerja editing yang memerlukan ketilitian yang tinggi akan buat aku bertukar media kepada laptop. untuk menghantar manuskrip seterusnya. masih dalam pertimbangan. sekarang BAB 1 dah released. dan akan di released sampai BAB 5. jika sambutan menggalakkan aku akan pertimbangkan untuk dibukukan atau tidak. walau apa apa pun terima kasih kerana singgah disini..
cerita semula mengenai mykenit. aku obses belanja untuk dia. seminggu rm100 mesti habiskan untuk dia. belum lagi kerja kan. dua hari lepas baru buat kad membership with TOYS 'r' US. nampaknya nanti mykenit dah boleh bina playground sendiri. mykenit pula sekarang semakin cerdik. manything dia buat luar jangkaan. betullah kata orang if we missing someone we get the besties one. Alhamdulillah tidak akan aku siakan semua amanat dan anugerah Allah swt.
Simla im coming. yes. aku dah buat pilihan hidup. selamanya dengan mykenit. di Simla. disitu ada salji. yang indah. salji bersifat sejuk. keindahan Simla akan membantu aku menutup segala luka kecewa dan perasaan yang tidak tentu arah. Jauh dari dia yang membenci. pasti mykenit very appreciate. banyak yang perlu dibuat untuk bersiap ke Simla. semoga salji Simla dapat menyembuhkan hati yang sedang membengkak. Aminn.
project number two. yang tersangat memberi pressure pada aku. sampai mentol lampu pun tak reti off lagi pada pukul 4 pagi. sebab tu badan pun dah macam jerangkung. nak released animation. references from ULTIMATE AVENGERS. sekarang tengah design costume. dengan harapan bila kau orang baca entri ni maka berjayalah aku menyiapkan animation 2D.
lastly. here have preview the next chapter Jangan Bilang Tidak BAB 2. wasalam.

MOHON tinggalkan jejak anda untuk dilawati dan segala pesanan anda di SHOUTBUSUK sebelah.
dari pemilik MYKENIT full.