Bab 3
Adi merangkak perlahan ke katilnya. Letih sungguh dia
hari nih. Memang meletihkan. Dia mengangkat tinggi tinggi kaki kanannya. Tak
pasal pasal luka kakinya. Kalau diikutkan mungkin hanya sedikit sahaja luka
tersebut. Hish , susah betul jadi aku ni. Desis hatinya. Dengan hati yang
membengkak akhirnya dia terlena.
“Assalamualaikum boleh saya berjumpa dengan anak tuan
rumah “ dari jauh pakcik yang berketayap lengkap memakai jubah berwarna koko
cair tersebut dipandangnya. Ketika itu dia baru sahaja hendak duduk berehat di
halaman rumah sambil memerhatikan beberapa orang yang sedang jogging petang itu.
“Waalaikummusalam pakcik. Ya saya. Ada apa yer silakan
masuk pakcik” bergegas dia kearah pintu pagar untuk dibuka bagi mempersilakan
pakcik tersebut. Setelah mereka duduk. Pakcik itu menepuk belakangnya lembut.
Berulang kali bagai menenangkannya. Dia mula pelik apabila melihat raut wajah
pakcik tersebut.
“Terima kasih nak, beginilah panggil sahaja pakcik Pak
Rafi. Harap kamu tabahlah selepas mendengarnya.” Pak Rafi berat agak berat
untuk meneruskan ucapannya. Namun dia meneruskan juga apa yang ingin
disampaikan
“ Pak Rafi sudah berusaha sedaya upaya melakukan apa yang
termampu” katanya sambil menarik tangan Adi “ Tapi Allah lebih menyanyangi
mereka nak”
Tiba tiba dia terasa sejuk. Disisinya kelihatan beberapa
bentuk empat segi. Macam... Dan di hadapannya ada beberapa katil. Kain putih
menutupi badan manusia di atas katil tersebut. Dia cuma melihat. Pintu dikuak
dari luar. 3 lagi katil ditolak. Tapi kenapa semuanya dilitupi kain putih.
Hatinya mula tidak sedap. Tubuhnya benar benar kesejukan. Tempat ini bagai
pernah dilihat. Tak asing lagi tapi dimana??
Tanpa di suruh dia mengatur langkah mendekati salah
sebuah katil tersebut.,Tiap katil kain putih itu jadi merah. Darah ker? Tangannya menyelak kain itu. Degupan
jantungnya begitu laju. Dilihatnya wajah yang begitu ngeri. Tangan mayat itu
berkecai macam daging lenyek. Matanya beralih ke wajah mayat tersebut. Mahu
pecah dadanya apabila melihat mayat tersebut.
“Adikkkk!!!!!!!!!! Adikkk!!!” mengongoi dia menangis. Dia
lihat sekelilingnya orang kesayangannya dalam keadaan mengerikan. Bersengguk
sengguk dia menangis akhirnya dia jatuh terkulai di situ. Tiba tiba dunianya
menjadi kelam terasa macam berputar.
Cepat cepat dia mencelikkan mata. Astafirullahalazim itu
yang diucapkannya tatkala sedar. Peluh sudah mengalir laju di badannya.
Abah,mama,angah,kak der,abg Amin,adik Amir dan adik Amar!! Kuat sekali
comforter digenggamnya. Air mata makin deras mengalir. Tak tertanggung sudah
rindu pada mereka. Begitu pahit untuk dia telan begitu perih untuk dia lupakan.
Kehilangan 8 keluarga serentak termasuk si kecil Misha manakan mungkin dapat
dia lupakan sedangkan masih terngiang – ngiang suara mereka di telinga!
................................................................................................................................................
“Sikit lagi dik...keep
stronger. You must strong” doktor lelaki muda itu bersungguh memberi
semangat padaku.
“Sakit.. Saya tak boleeehh..” balasku lemah masih
berupaya untuk bertahan.
“Be strong dear.
You must strong now pushhhh” terus sahaja dua lagi nurse disisiku sahut bersama. “Pushhh..pushhh
dikk” dua nurse yang layak dipanggil
kakak itu begitu bersemangat dan tak pernah jemu memberi semangat padaku.
Salah seorang akak nurse
itu mengenggam tanganku “Dik kuatkan..... sikit jer lagi baby dah sampai bawah dah rambut pun dah nampak. Teran kuat sikit
ingat Allah banyak banyak cepat push
nanti baby lemas” melihat kepada
kesungguhan mereka dan probability yang tinggi akan terjadi pada bayiku
kugagahkan sedaya upaya aku untuk meneran.
Dengan berkat salawat ke atas Nabi Muhamad Saw dan
beberapa potongan surah dan doa untuk memudahkan bersalin aku akhirnya
bertenaga semula untuk meneran. “Good
girl..tengok baby dah keluar.See shes very strong and baby very cute.”
Kata doktor bernama Raymond itu kepadaku sambil meletakkan anak kecil itu ke
atas perutku.
“Kak yong tau fu
nih nak beli berapa ringgit?” soal Balqis menyentakkan lamunanku. Aku melipat
akhbar Metro Harian yang sedang ku baca
sekemas-kemasnya.
“Belilah ikut kau orang. Tak cukup duit bagi tahu akak
yer..” dengan senyuman Balqis berlalu dia mencelah kearah orang ramai yang
sedang berkerumun di sebuah gerai. Malam jumaat begini di Jelatek memang
penuhlah manusia. Almaklumlah pasar malam ditambah pulak esoknya hujung minggu.
Ramailah mencuri masa keluar mereleased
tension. Aku pulak dengan lagi 8 orang budak budak nih memang muka pasar
malam. Pelbagai pilihan juadah ada sapa tak kecur air liur kan??
Aku belek belek semula akhabar Metro Harian. Hmm sejak
sebulan dua nih langsung akhbar tidak ku gara gara kesibukan tahap maksima.
Harapkan Abe aja yang sememangnya ditugaskan setiap hari untuk membeli 4
nakshah akhbar setiap hari di kedai 7eleven sebelah premis studioku tapi haram
disentuhku . Melihat kepada petikan akhbar yang melaporkan mengenai pembuangan
bayi begitu meruntun hatiku. Tergamaknya mereka!
Apalah salahnya anak kecil ini? Tidak adakah sekeping
hati untuk melihat dia hidup? Kenapa perlu malu setelah melakukan salah?
Manusia siapa mampu merubah mereka jika tidak mereka sendiri,getus hatiku.
Dari jauh aku lihat Linda sedang membayar duit kepada
peniaga kacang rebus. Dia memang hantu kacang rebus. Kacang rebus yang
dahulunya se pot RM1 sekarang dah RM2. Barang makin naik harganya tapi kualiti
masih begitu. Dia mengeluh kecil.
Masih dia ingat Linda dahulu ketika kali pertama bertemu.
Gadis yang iras Pakistan mukanya itu begitu susah dibentuk. Namun kerana kasih
sayang yang tiada penghujung dia bersabar dan menahan hatinya supaya sentiasa
bersabar. Gadis itu dilihatnya sering merayau-rayau di stesen bas di
Titiwangsa. Hairan sungguh. Memikirkan keselamatan gadis itu terus Alisaa
bertindak mendekatinya lalu membawanya pulang ke rumah dia.Diberi makan dan
pakaian baru.
Disitulah bermulanya kehidupan Linda , mula mula memang
Linda agak dingin dengannya. Kononnya dia bersikap busy body tentang hidup gadis tersebut. Tapi selepas dia
menyelamatkan gadis tersebut dari di ragut 4 tahun lalu sampai nyaris
mengorbankan nyawa sendiri. Akhirnya membuat Linda sedar bahawa dia benar benar
ikhlas ingin menolong Linda. Sejak malam itu , Linda berkeputusan menetap terus
di rumahnya tetapi dengan syarat tidak duduk bergoyang kaki. Anak gadis itu
mahu pekerjaan yang menampung hidupnya. Dia tak mahu hidup menyusahkan orang.kata
anak gadis itu lagi, “ Ini prinsip hidup saya kak!”. Mengenangkan peristiwa itu
Alisaa tersenyum.
Di tengah tengah traffic
jammed manusia , aku lihat Mikhail sedang menjijit 2 plastik besar.
Sebelahnya pula Hassan sedang memerhatikan beg plastik makanan agak banyak diborongnya. Mereka sedang bergelak
ketawa, entah apalah agaknya yang lawak pada mereka. Dua orang nih kalau tiada
sehari di studio memang tak sah lah hidup nih. Kalau kecoh serba serbi tuh dua
orang nil lah kepala hantunya! Kadang kadang aku pun disakatnya. Masih teringat
seminggu sudah ketika aku hendak naik ke tingkat 3 tiba tiba sahaja aku
terlihat pocong dan langsuir. Mau gugur jantung aku melihat Mikhail dan Hairul
bergelak ketawa. Sabar jer laa dapat adik adik yang masuk air merangkap staff nih.
Tifa mendekati sambil menjijit beberapa plastik, “ Heee
dah siap akak nih duit lebih yang akak bagi tadi...” kata Tifa sambil
menghulurkan not RM10,RM1 dan syiling 50$ yang baru. “Ameklah simpan dik.. leh
guna untuk reload nanti” kataku sambil
tersenyum. Tifa terus sahaja memasukkan not not tersebut di dalam dompet
Domokunnya. Aku hanya menggeleng. Budak nih kalau tak ada Domokun depan mata
boleh demam agaknya.
Dengan sengih yang melebar Tifa menarik kerusi, dari tadi
dia asyik sekali menyedut air Lemon Blue
yang bewarna biru. Aku perhati rupanya
yang persis Nora Danish tapi membezakan mereka ketinggian. Ya dia memang
tinggi. Staff lain menggelarkannya ziraffe. Namun dia menggangapnya
sebagai gurauan sahaja. Langsung tiada istilah sakit hati dalam hidupnya
tentang perihal itu. Tapi jika ada sesiapa mengusik koleksi Domokunnya memang 1
studiolah dia berkejar untuk mendapatkan semula barangan itu. Masih aku ingat
Hairul yang menyakatnya sampai pecah berderai cawan porselin berillustrasi
Domokun itu.
Seminggu mereka
tidak bercakap sampailah Hairul akhirnya terkena tulah! Cirit birit. Barulah
Tifa menghulurkan pertolongan membawa Hairul ke klinik Syifa 24 jam depan
studio sewaktu orang ramai sedang lena tidur. Mana tidaknya pukul 2 pagi tapi
kalau nak sakit tidak mengira masa bukan. Tahu tahu aja dah masuk wad barulah
Tifa call aku. Mau tak terkejut aku. Katanya kebetulan sahaja melihat Hairul
sedang kesakitan. Pelik pula aku bila melihat situasi tersebut. Sepanjang 2
hari Hairul terlantar sakit Tifalah menjaganya. Bukan yang lain tak amek kisah
tapi melihatkan kesungguhan Tifa. Hei ramai lah surrender tanda mengalah. Aku pun turut kibar bendera putih.
Sekejap sahaja mereka sudah berkumpul. Balqis menjijit
seplastik besar yong tau foo dan
beberapa bekas tau foo fah. Abe pula
nampaknya tak sabar sabar dah nak menikmati ayam madunya. Bahagian kepak paling
dia gemar. Mau 5 potong jadi hak milik dia seorang. Ada lagi, 3 bungkus nasi
kerabu lauk ayam masak merah,yang plastik biru pulak nasi ayam berempah ada 2
polistrin yang hijau punya plastic ada 2 bungkus nasi lemak berlauk ayam. Ni
lah abe kalau menyuruh dia membeli makanan
ayam memang tak lari. Makan kuat buat kerja pun tak pernah culas. Muka
pun mamai lagi. Baru bangun tidurlah dikatakan.
Ikram pula sedang memeluk sebijik besar tembikai kuning
dengan sebelah tangan kirinya. Nih memang hantu tembikai adakalanya dia rajin
sangat sampai buat jus tembikai. Memang power
lah aku cakap. Katanya nak jadi chef tapi takut percikkan minyak buatnya jatuh
saham. Kalau dia menggoreng ikan badannya kalau boleh sebatu jauhnya. Nak tak
nak aku lah jugak turun padang. Last-last
dia masak nasi. Itu je lah kepakarannya. Ingat tembikai aja rupanya ditangan
kanannya kelihatan seplastik besar aneka jenis mangga. Favourite katanya.
Hairul pulak dengan rangka ayam goreng adalah dalam 4
ekor ayam dibelinya. Pelik jugak aku budak budak nih kerap sangat memamah
tulang ayam. Nikmat kononnya. Tuh di sebelah kanannya, sebelah kirinya pulak
kelihatan beberapa makanan basah. Sahaja aku pesan kepadanya dan memberikan not
RM 50 untuk membeli makanan basah di dapur. Hassan pula penuh dengan plastik
kuih muih. Yang Mikhail pula dengan plastik plastik air soya, lai chi kang lah,
air katira pun ada. Taktik tak nak bancuh air kononnya. Sebab dialah muka
bancuh air selalunya. Bila melihat cara
pembelian dia orang nih macam berpakat pula kan? Ini lah perbelanjaan berhemah
ye tidak??
Aku yang sedang duduk di meja cendol Pak Rahmat dikerumuni mereka semula. Sahaja
aku malas bergerak dalam kesesakan orang ramai. Biar mereka aja yang membeli
apa yang mereka mahu aku pula cuma memesan sahaja. Tentang duit meskipun mereka
ada income sendiri aku tetap
menghulurkan duit. Mereka sudah ku anggap seperti adik adik ku sendiri. Lagi
pula aku paling tua. Yang tualah kena tunjuk teladan yang baikkan.
“Aakkakkkk nih duit lebih” kata Abe seraya aku berdiri. “ La keep the change yer..” kata
ku. Masing masing sudah menyengih. Ada sajalah idea dia orang nih. Duit yang
aku berikan itu selalunya dikumpul
mereka bersama kemudian cukup bulan ada ajalah makanan yang terhidang di atas
meja. Ha lagi satu makanan delivery
tengah tengah malam tuh hasil dari duit baki itulah. Inilah konsep berpakat dia
orang yang paling aku respect. Nampak
aku berdiri masing masing sudah mula mengatur langkah ke tempat parking
berhampiran. Alarm kereta bunyi menandakan pintu terbuka Abe macam biasalah
berlari lari masuk kereta Alphard itu. Hairul pula memandu sendiri kereta Gen 2
nya. Bukan aku tidak tahu sikapnya yang tidak suka menunjuk itu tapi katanya
kuli mana boleh up dari bos kak
hehehe. Sindirannya berbaur gurauan itu memang sengaja kenakan aku.
Hai nampaknya pesta makanan lah balik nih......
.......................................................................................................................................................
“Puan Maria!!! “ jerit Reza sambil bersiul siul menaiki
tangga rumah itu. Seronok sangat dia padahal resah di hati dia saja yang tahu.
“Ooooo Puan Mariaaaa..” makin nyaring pula suaranya itu.
Dia sampai di tingkat atas rumah 2 tingkat itu. Terus sahaja memeriksa bilik
bilik yang ada di tingkat tersebut.Habis semua bilik di check namun bayang Puan Maria langsung tidak kelihatan dia menggaru
kepala yang tidak gatal berusaha mencari hint
berikutnya. Lagi susah dari soduku lah dia nih!
“Haiyoooo..
budak bertuah. .. “ suara Puan Sri Maria yang kedengaran begitu resah gelisah
mengejutkan Reza. Pucat mukanya. Apa tidaknya dah Puan Sri Maria datang dari
belakang. Terus Reza mengusap dadanya.
“Hehehehehe..kiterrr dah balikkk..muahhh..” pantas dia
memeluk tubuh tua itu. Mencium pipi tua itu penuh kasih. Tapi mamanya nampak
tak puas hati jer. Apalah yang dia dah buat nihh..
“Mama cari kamu mana kamu pergi selama nih telefon tak
berangkat ,messages pun agaknya kamu deleted. Kalau kamu sayang kereta lembu
kamu tuh baik kamu ikut Pak Ngah pergi Hotel. Bak sini passport kamu. Jangan harap mama akan lepaskan kamu kali ini“
mencekak pingang sudah Puan Sri Maria
dibuatnya. Anak terunanya yang seorang ini benar benar buat dia boleh dapat
darah tinggi.
Baru Reza ingin bersuara. Puan Sri Maria sudah meraba
raba segala poket yang ada di badannya. Tak cukup dengan itu mamanya telah
merampas beg di tangan dan dengan slumber
mencampakkan harta bendanya itu ke karpet di lantai. Mama mama.. ,getus hatinya
sambil mengeleng geleng kepala.
Akhirnya buku merah itu digenggami Puan Maria. Reza tidak
mampu melawan kalau tidak kepalanya pasti di luku Puan Maria silap silap kereta
Ferrarinya itu ditarik kunci. Ouh tidakkk!! Mamanya memang anti bagai dengan
enjin Ferrarinya itu. Katanya bunyi macam lembu marah jer. Haha mama mama!
“Nih nampak nih mama dah telefon semua pejabat
pendaftaran kalau Reza melaporkan kehilangan passport pastuh renew kan semula jagalah kamu!” ugut
Puan Sri Maria lagi sambil menunjukkan buku passport tersebut ke muka Reza.
Tanpa banyak soal dia melangkah kebiliknya dengan niat menyorok passport
anaknya itu ke dalam peti besi. Dia terpaksa berbuat demikian daripada
membiarkan anaknya terus berfoya foya tak tentu fasal.
Lagipun bukannya dia tidak tahu kegiatan anaknya itu.
Kalau perempuan simpanannya dah memang boleh dijadikan Sukan Olimpik. Tahu
kenapa? Sebab peserta Sukan Olimpik kan daripada pelbagai bangsa dan negara. Ha
macam tu lah gadis gadis dalam hidup anaknya. Kali ini dia benar benar hilang
kesabaran.
Reza hanya memerhatikan mamanya berlalu sahaja. Harta
bendanya yang bersepah gara gara mama tersayang dikutipnya satu persatu dan
dimasukkan semula ke dalam beg galasnya. Selesai itu dia mengatur langkah ke biliknya.
Dia mahu tidur. Dia sudah penat. Dan pastinya dia mahu kembali bertenaga
apabila bangkit nanti. Dia berlari sepenuh hati dan melompat kearah katil.
Itulah sikapnya sejak kecil lagi. Nikmat!!
“Rezaaaaa!!! Mama tak habis cakap mana kamu nih!!” jerit
Puan Sri Maria menyentakkan kenikmatan pembaringan Reza.
“ Erkk.. Mati akuuu!!” kata Reza perlahan sebelum dia
senyap senyap menyusup kebawah comforter
tebal itu dan krohkrohkroh...
Terdengar pintu dibuka kasar “Hei anak bertuah....sabar
jer lah aku. Bangun kang aku standby
jer sini jaga kau..” Puan Sri Maria bersuara sambil menutup semula pintu.
Sebelum itu dia menarik ke atas comforter
ke dada anaknya. Walaupun anaknya itu nakal ya rabbi tapi kasih dia sebagai
seorang mama terpahat abadi! Dia mencium penuh kasih di dahi anaknya itu dan
terus berlalu keluar setelah menutup pintu.