Thursday 19 April 2012

Jangan Bilang Tidak BAB 1 -nuruladlin copyright

Kena terima . Ya dia kena terima hakikat yang cintanya ditolak. Reza kali ini benar – benar rasa berputus asa. Tak pernah sekali dia begitu rupa. Apakah ini cinta?
Dia memecut laju keretanya tidak menghiraukan langsung kereta kereta yang ada di jalan besar itu. Tanpa memberi signal dia membelok di satu persimpangan dan mematikan enjin kereta. BAR STPEHEW , dengan perasaan penuh retak di dada dia melangkah. Ada perhitungan yang perlu dia lakukan tapi bagaimana?  Dia bukan pertama kali jatuh cinta cuma kali ini hatinya sudah benar - benar tercedera.
Seperti biasa tequilla ,kekacang dan beberapa jenis buah – buahan citrus menghiasi meja tempatnya duduk. Dia cuma mampu memandang . Alunan muzik Inggeris  jazz sayup sayup berkumandang. Sahaja dia memilih tempat duduk yang menghala ke tingkap. Dapatlah juga dia melihat pemandangan malam dengan pecahan lampu dari situ. Terasa berat hatinya untuk melepaskan ibarat satu beban yang akan melumpuhkannya. Kali ini dia benar benar tertewas.
“ Seorang sahaja malam nih?  Wish  I  temankan you ker..” kata pelayan bar itu dengan nada menggoda. Gadis genit raut yang berwajah kacukan pan asia itu sambil membelakanginya. Reza berdiam diri. Kaku. Bukan dia tidak betah keadaaan itu. Padanya situasi tersebut acap kali dilalui. Malah ibarat menukar baju sahaja. Itulah perempuan yang hadir dalam hidupnya.
Tanpa banyak bicara gadis itu mencapai gelas berisi tequila. Reza memandang ke hadapan langsung tidak menghiraukan sketsa yang sedang berlaku. Dia merampas kembali cawan tersebut sampai hilang imbangan gadis itu. Penuh perasaan Reza meneguknya dengan rakus. Mahu tak tersentak gadis itu sedikit mendecit dengan aksi Reza.
“Shasha apa lelaki ni buat pada you?” serentak itu seorang lelaki berbadan tegap bersuara. Kelihatan dibelakangnya beberapa pengikut ada bersama. Reza masih dengan lamunannya. Tapi hati dia sahaja yang gelisah telinga dia bukan pekak.
“Sayanggg.. Laki ni lain macam tadi. Tengok lah dia tu. Tak der feel langsung bila buat I cam nihhh..” gedik sungguh gadis bernama Shasha ini mengaduh. Reza hanya tersengih. Sinis sekali. Dia pantas bangun . Tak hingin dia lama – lama di situ. Spontan dia melangkah laju. Dengan air mata yang berbaki di tubir mata dia tidak menghiraukan langsung mata-mata yang memerhatikannya.
Baru beberapa tapak dia melangkah bahunya ditolak. Kasar sekali sampai dia nyaris jatuh terduduk. Lelaki didepannya dipandang. Shasha disebelah. Hmm memang sakit lah korang kali nih. Reza memandang dengan sinis. “ Kau nak ke mana Bro..” dengan nada yang sengaja ditekankan lagak lelaki tersebut tak ubah seperti ketua samseng. Konco – konconya pulak dah beratur dibelakang sambil mengepal - ngepal tangan.
Dengan slumber Reza kasar mengalihkan tangan lelaki itu dari bajunya. “Terima kasih kerana carik gaduh dengan aku . Tapi aku sangat busy sekarang...” aksi bersahaja Reza itu membuatkan lelaki berlagak samseng tersebut menghayunkan tangannya tepat ke kepala Reza.
Reza yang sudah bersedia terus menyambut kepalan tumbukan itu dan menariknya ke hadapan. Akibat dari tindakan itu lelaki ketua samseng tersebut terhumban ke depan di dance floor. Habis susunan cawan genting aneka hard drinks terabur bersepai. Pengunjung yang sedang bercanda di bar terbabit menjerit ketakutan. Ada bertempik. Ada juga yang melarikan diri. Ada juga terkejut kaku melihat apa yang telah berlaku. Mungkin ingat polis kot. Hahahaha..
Bengang dengan ketua mereka diperlakukan sewenang wenangnya. 7 anak buah ketua samseng tersebut meluru terus kepada Reza. Reza cekap menangkas serangan mereka. Seorang terjelepuk ke lantai,dua orang berlaga sesama sendiri,seorang yang menyepak siku Reza diluku sampai tersandung ke pintu keluar Bar tersebut. Aduhduh , Reza mengosok gosok dahinya yang tidak sakit itu.
Ingat da habis tapi rupanya ada lagi tiga menanti. Mereka menyeringai memerhati Reza yang masih setia menanti dengan muka coolnya. “Meh la .. kita rock and roll korang betul betul buat aku puas..!!”
Seorang lelaki yang terlampau berani menyerang dari arah depan menerima habuannya setelah Reza menyepak tepat ke muka lelaki tersebut dengan aksi kung fu nya. Seorang laki lagi tiba tiba datang dari arah kiri melemparkan kerusi ke badan Reza tapi dapat di tepis olehnya betul betul buat Reza angin 1 badan.
Dia mengejar lelaki tersebut dan membalingnya ke dinding terus terkulai layu mamat tuh dibuatnya. Ha lagi seorang. Eleh eksyen jer nak menghentam aku nih. Desis hatinya. Samseng terakhir itu terus menuju ke arah Reza dengan aksinya ingin menendang Reza. Belum sempat kaki lelaki itu diangkat ,Reza terus meluncur dan menumbuk tempat yang telah di sasarkan. Terduduk terus laki tersebut sambil memegang seluarnya sambil menjerit. Erk tengah tengah tuh..
“Kalau rasa ada sapa sapa yang nak test power lagi come here babyyy.... “ kata Reza dengan ketawa terbahak bahak akibat seronok melihat keseronokan dia membuli samseng tersebut. Ahli samseng yang lain melihat tidak berani lagi memberi serangan lanjut cukuplah sampai disitu. Bukan calang calang budak dia nih.
Shasha yang tidak senang duduk dengan renungan tajam Reza menciput lari kebelakang. Tittt tittt.. Reza meraba poket seluar khakisnya dilihat skrin Galaxy Youngnya itu. ‘ 4 miscall Puan Maria ‘. “Alamak mati aku !” dengan tergesa gesa Reza mendapatkan kembali jaket kulitnya yang digunakan semasa melibas ahli samsng tersebut di lantai dan terus beredar dari situ tanpa menghiraukan lagi situasi kucar kacir di bar tersebut.
..............................................................................................................................
“Bulan 10 ni kita kahwin kan?” soal Riyadh Fahmi.
Lelaki ini sangat ku sayangi. Seluruh jiwa ragaku tidak takut langsung aku berikan padanya padaku hidup mati ku hanya untuknya. Sebab aku rasa aku mampu bahagia bila bersamanya. Aku hebat bila bersamanya.Dengan senyuman membunga seperti di taman hatiku. “Aah kita kahwin” kataku lalu mengatur langkah menghampirinya dan melabuhkan punggung disisinya.
“Kenapa dah tak sabar-sabar dah ker papa?” soal ku kembali. Aah dia papa. Papa kepada anakku. Yang sedang aku kandungkan sekarang. Agaknya sudah mencecah ke 27 minggu usia kandunganku ini. Satu janin yang sedang membesar  hasil dari bunga bunga cinta kami berdua. Memang pada awal anakku wujud lagi aku tak mahu menyingkirkannya dari tubuhku.
Aku lihat Riyadh sedikit gelisah. Dia yang dari tadi asyik bermain game di Myspace sesekali memandangku bagai meminta kepastian. “Lepas kahwin kita buat macam biasa yer.. “pintanya.
Bekerut dahiku memikirkan kata-katanya. Memang kami perlu buat macam biasa sementelah keadaanku yang mengandung tanpa nikah nih bakal menjadi tsunami bila diketahui keluargaku. Keluargaku? Hmm... Resah sungguh hatiku. Tangan ku mengusap perut. Makin membulat aku pun nampak berisi tapi masih mampu disorokkan . Ya pasti mampu disorokkan. Kalau tak bagaimana lama mungkin aku mampu menyorokkan kandunganku ini dari keluarga, kawan kawan dan tempat belajar. Tiap kali membincangkan perihal anak pasti akan berakhir dengan pertengkaran bersama Riyadh bagai tiada penghujung. Apakah ini petanda..???
“Cayangg.. Bie tanya nih, hish tengok dia jauh termenung. Macam mana lepas kahwin nanti? Baby kita sapa nak jaga? Duit bulan bulan dia macam mana?.,. “ Kali ini Riyadh nampak serius. Kasihanku padanya. Walaupun kami sebaya padaku usianya itu tidak patut digelar sebagai papa. Tapi bila memikirkan yang anak di dalam kandungannya itu memerlukan papa. Dia perlu kuat dengan segala dugaan.Maafkan Cayang Bie..
“Mak long kata dia nak bela baby kita lepas selamat nanti. Bie pun tau kan Cayang tak mohh anak nih terlepas kat sapa sapa. Kesian dia. Bila dia besar nanti mesti dia carik kita. Tak perlah buat masa nih kita sediakan dulu duit bulan bulan baby. Cayang estimate duit baby around RM200. Tuh duit makan dia jer. Pakai dan items lain lain kita sediakan dengan sendiri yer. Tentang kita Cayang rasa memang kita kena buat macam biasa. Tapi Cayang kena amek pil tok tak pegy lah. Nanti berderet pulak anak kita” kata ku. Ya memang inilah plan kami. Hmm tapi kalu dikira kira macam plan aku seorang jer kan.
“Memang boleh settlekan Cayang?” soal Riyadh lagi dengan memelukku dari belakang. Aku hanya mengangguk. Selesa sungguh aku berada di sampingnya. Bahagia. Ya bahagia. “sayang Bie sangat” ucapku. Riyadh memandangku dengan pandangan penuh kasih sayang sambil mengusap perutku.sekejap kejap perutku terasa ditendang dari dalam. Dengan ketawa yang teruja Riyadh membalas “Bie pun sayang mama gemok dengan baby tembam dalam nih muahh..”
“Kakakkkk Alisaaa Hakimmm..  ada orang nak tempah pakej photo kat bawah tapi dia nak akak yang amek tempahan tak nak orang lain.” Serentak itu lamunanku terhenti. .Aku mengusap dada,terkejut gamaknya. Balqis nih wat terkejut jer. “Ya akak turun la nih.. wait..” balasku. Hmm.. aku tidak boleh selalu begini. Tetapi kenapalah aku susah sangat nak melupakan dia.. Dengan pantas dia menyeka titis titis air mata yang jatuh ke pipi. Kuatlah engkau wahai Alisaa.
Dia memerhati ke cermin gantung dibiliknya itu. Raut wajahnya diperhatikan. Tak ada jerawat degil. Jeragat pun hilang hehe. Hei aku bersyukur tau ada wajah yang simple and tak perlu make up bagai. Tudungnya ala-ala pashmina dibela walau tak senget. Tampil menarik dikhalayak ramai padanya salah satu motivasi untuk dirinya sentiasa bersemangat. Muka pun macam Natasha Hudson. Siapa tuh? Erk........ bukan aku yang kata. Tuh ari tuh ada budak sekolah tuh yang cakap. Aku nih relaks jerp. Katanya sambil tersengih.
Dia memerhatikan bilik studionya itu. Disitulah dia menghabiskan seharian hidupnya jika tiada kerja yang melibatkan outdoor. Ada set mini home theatre dilengkapi 1 almari kecil penuh dengan kotak kotak cd fantasi dan animasi. Hai Alisaa dah umur 25 pun hidupnya memang tak boleh berpisah dengan kisah Harry Potter lah Narnia lah, tengok Tom & Jerry pun ada. Ada jugak orang kutuk dengan hobinya itu tapi dia wat dek je.. Tu lah dia.

gila punya gelak

salam semua rakyat blogger..
harap maaf sesangatlah sebab dah lama aku update blog. last last terbengkalai kembali. adoii..
hari ini aku kembali semula.. hee jum kita ramai ramai duduk lepak kat youtube tengok movie clip nih! i love youtube.

makin hari dunia makin maju tengok budak budak sekarang pun kemennn lagi ha. mak aku cakap aku dulu nak buka mata pun payah lepas lahir. ada kut lepas seminggu itupun kecikkk je mata boleh bukak. la nii aku tengok baby baru lahir sekarang matanya kemenn besar... haha well korang tengok semua video ini yer.

Wednesday 11 April 2012

tentang hidup

Alhamdullilah setelah beberapa hari menghilang akhirnya jari jemari aku kembali ketap ketap kat keyboard lappy . Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya masih aku celik mata melihat dunia masih aku sihat wal afiat menggalas tanggungjawab dan menunaikan fardhu kifayah serta fardhu ain. selawat dan salam tidak lupa ke atas Nabi Muhammad S.A.W. korang pun jangan pernah sesekali terleka akan nikmat yang korang dapat ni. Selalulah berpijak di bumi yang nyata. Insyaallah sama samalah kita mengingatkan. Tak gitu??

 Hehe ;)

Hari nih aku nak share sikit sebanyak dengan korang tentang selama nih yang barangkali aku fikir + berlaku depan mata + hikmah sebaliknya. . mungkin apa yang aku publickan nih terlalu klise atau direct tapi as a good blogger even cuti rehat mengalahkan orang cuti bersalin atau pencen sebelum nih bukan niat aku mengaibkan mana mana pihak. cuma i just thinking the sudden ......?????


1.Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
masa aku tahun tiga aku kenal pepatah ini. pelik sangat tapi agak logik cuma tak berapa nak paham apa maksud tersirat lagi tersurat akhirnya aku paham pepatah melayu ni bermaksud seseorang yang sedang dalam kesusahan dapat lagi kesusahan berganda . Ada korang terpikir tak kadang kadang pepatah sebegini memang terselit unsur atau nilai sejagat yang kadangkala terkena tepat nih ha kat hidung sendiri.
Misalnya sekarang nih kes buang bayi macam jadi trend. kuar 1 kes kat berita mula mula pastuh jadi lambakan pulak dalam akhbar. Yang peliknya makin hari makin bertambah kes puas juga aku terintai intai bila akan berakhir.? kau terpikir? paling aku terkilan sikap manusia kalah binatang singa yang jadi raja segala hutan pun belum sanggup nak menyiat tubuh anak sendiri walaupun dia tak berakal. Maha Kaya Allah binatng pun sayang anak. Ngeri memang ngeri bila aku selak akhbar mesti ada gambar bayi dalam keadaan yang begitu perit untuk aku tatap lama lama. tapi bila aku tengok SI IBU kemenn lagi ayu rupawan wajahnya. Manalah sifat keibuan dorang nih erk? Tertanya aku kenapalah dikandungkan anak itu jika akhirnya lahir sempurna cukup sifat tapi mati dalam keadaan begitu menyayat hati.
"Sayang mama sayang sangat..." ha nilah ayat yang bakal diucapkan kanak kanak petah yang menginjak dewasa jika dia masih lagi bernyawa setelah dilahirkan. Da lah  dia dilahirkan tanpa ikatan yang sah , masa dalam kandungan pulak belum tentu dapat bantuan tumbesaran yang mencukupi diambil oleh si ibu seperti bayi lain yang pastinya mak bapak dorang tak senang duduk bila memikirkan dia bakal keluar mengisi ruang dunia. Beza sekali keadaan dia, entah entah siapa bapanya pun tak pernah dia kenal apatah lagi ingin mengusap dan berbisik kepadanya sewaktu dalam perut. Sebaik sahaja dilahirkan bukanlah doktor atau mak bidan yang sambut,malah bantuan oksigen,mesin untuk mengenal pasti dia bebas dari segala penyakit pun tak der. Lagi teruk sehelai selimut tebal yang patut dibalut pada badannya pun cuma dapat diganti paling koman pun kain sarung atau yang lagi bagus surat khabar lama yang tentunya buat dia terketar. Dia sejuk lapar dahaga dia tuh macam kita cuma terbatas pergerakan dan kebolehannya kerana masih kecil dan tak mengerti bukannya tak tahu apa apa tapi wajar ker dia diletak di dalam kotak berhampiran tong sampah atas tempat duduk dekat Bustop,di flushkan dalam mangkuk jamban paling hina dikerat kerat diblender kerana dia bukti kes zina yang dilaknat di sisi Allah.Paling sedih masa dia lahir tak seperti kita. kita ada papa,babah,ayah,dady,walid atau apa apa ajer lah yang bibir mereka dekat di telinga kita bisik kebesaran Allah swt dan menjunjung Rasullullah SAW tapi dia untung untung pun disambut dengan seruan azan tak pun dengar ayam berkokok atau anjing menyalak. Tuh pun kalau sempat kalau tidak Allah lebih menyayangi dia. Hina sungguh mungkin dirinya itu. Tapi ingatlah wahai manusia.
 Tiada yang beda disisi Allah melainkan Iman dan Takwanya bukan status pangkat darjat wang ringgit atau apa sahaja.

2.Kalau Tak Kenal Maka Tak Cinta
Sinonim sangat dengan yang tak percaya jodoh dan cinta sesama manusia berlainan jenis bukan sama jenis yer. maaf saya tak menggalakkan anda sebegitu rupa tapi ya saya ingin mengetangahkan isu semasa sekarang yang dah merebak menjadi saluran jalur lebar dan wabak yang begitu mengerikan haha. Macam baca berita plak aku nih. Epidemik. Itulah yang boleh saya katakan. Yang perempuan serupa lelaki manakala yang lelaki serupa perempuannya. Lagi parah yang lelaki punya rupa kuasa dunia mahupun harta benda cukup sempurna dari segi lahiriah mahupun batiniah hatinya cuma untuk lelaki iaitu pasangan sejenis. Perempuan pula yang lawa menarik punya pegangan agama yang kukuh bertudung labuh dan litup malah mempunyai tahap pendidikan dan memegang jwatan selain mempunyai wang gaji yang tinggi pun sama naiknya jer perangainya apabila mereka memilih wanita yang sama minat sama kaum sebagai teman hidup. Gamaknya dunia sudah terbalik kot.
Bila ditanya msing masing mengimbau sejarah silam dilukai pasangan kekasih mereka suatu ketika dahulu malah tak kurang yang mengaku dimanipulasi anggota keluarga sendiri tak jugak yang mempunyai peristiwa hitam menyebabkan mereka tukar selera. Tak kurang yang memberi alasan tukar selera sebagai permulaan gejala ini. Paling mengejutkan baru baru nih ada dekan kahwin lelaki yang dikatakan tukar kepad wanita. Tapi beberapa hari kemudian akhbar melaporkan dia wanita tulen. Kejap laki kejap wanita. Sampai begitu manusia sekarang nih sngat pelik!
Pepatah nih lagi senang diceritakan sahaja mengenai diri aku nih. terputus kasih ditengah jalan atas faktor keluarga yang inginkan aku mencari nilai hidup sebenar sebelum bertindak lebih melulu. Ada keburukan mahupun kebaikan. tapi yang berlaku semuanya dengan izin Allah. Buruknya aku berduka tapi dalam duka dan sengsara aku lihat keajaiban. betul tak ?? Tapi buat masa nih atau selama lamanya biarlah aku berseorangan tanpa teman bukan apa aku takut dan fobia tapi hikmahnya besar. Sekurang kurangnya aku takkan terheret ke lembah penceraian kalau lafaz nikah dilafaz seorang lelaki. Dengan pancaroba hidup yang kian mendatang bergolek golek makin hari mungkin anatara aku dan dia akan melalui saat saat genting mana kahirnya akan menjadi duri dalam hubungan. SUBHANALLAH Bukan niatku menidakkan rezeki Allah cuma apa yang berlaku didepan mata aku seperti dalam akhbar dan media begiotu buat aku berfikir banyak kali untuk memulakan langkah. Walau apaapapun rezeki yang Allah turunkan Maha Kaya Zatnya.

3. Tepuk Dada Tanya Selera
Paling memberi makna dalam kehidupan. Cabaran dan godaan dunia nih semuanya pucuk pangkal diri sendiri. jika kita mahu yang itu maka realitilah itu jika kita memilih sebegini berlakulah ia.Betul tak? kehidupan nih tanpa sempadan. bila kita dah melangkah jangan sesekali patah kebelakang. ingat susah itu nikmat sebab hasilnya sangat indah. hehe macam aku tulis entri ni lah dalam gelap sebab adik adik aku dah tidur so tak mau kacau mereka lena tidur kroh kroh nih dengan keadaan lampu yang menyilaukan mereka.
Begitulah aku lihat dalam hidup. Seseorang akan melaknsanakan keinginanya selepas mengetahui baik buruk tindakan tersebut.pepatah nih pada aku boleh jadi prinsip hidup seseorang sebab dia takkan jadi hipokrit kalau betul2 dia pegang. dia jadi diri sendiri dan paling penting dia ada hala tuju hidup tak gituuhh.

4.Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih
Pepatah nih menbawa seribu makna dalam kehidupan aku. Kalau aku dengar pagi pagi azan subuh sayup sayup berkumandang 3 4 kali aku pikir nak bangun ke tak sedar eh walaupun keadaan aku begitu liat nak bangun dari tilam gebu. Tapi bila memikirkan bekalan apa aku nak bawak dalam kubur nanti dan lidah mulut tangan kaki aku yang bakal menjawab satu persatu pertanyaan malaikat buat aku terbangun berdiri berwuduk bentang tikar sejadah terus sujud menghadap ilahi. Aku tau korang pun cenggituh betul tak?
macam tu lah jugak seterusnya. kalau aku kata aku nak berubah dan tak nak buat menda menda tak elok dah walaupun pada awalnya cekelat bila aku fikirkan balik demi kebaikan diri dan masa depan yang cerah aku mula bersemangat balik tok lakukan apa yang telah diniatkan. biarpun susah mana rintangan hidup nih pasti ada hikmah dan gnjaran bila tiba waktunya apa yang perlu dilakukan kehidupan mesti diteruskan :P

hehe nampak gayanya aku boleh tulis buku motivasi ler pulak kan haha.. k lah all have yop nite and blogwalking thanks sebab read properties aku nih sampai tangkap leleh ke lubuk hati engkorang hehehe..

Sunday 1 April 2012

kelip kelip disangka api kalau api mana puntungnya hilang ghaib disangka mati kalau mati mana kuburnya

welcome again and again newly visitor.
yang jauh datang aku duk perhati kat feedjit tuh. Ada dari Libya lah Pakistan Autralia dan segala bagai tempat yang aku sendiri tak pernah jejak. welcome to malaysia. im biggies to be proud as malaysian blogger.
salam perkenalan kepada semua blogger yang sudah follow aku tau suka suka sahaja duduk dekat blog ini menatap bait bait kata yang tak berapa nak indah.
nak kata taiko dalam penulisan tak lah sehebat Abang BEN ASHARI. dia lagi lah hot. tengok stats pun boleh terbeliak. tapi untuk jangka masa sudah lama sebenarnya. agak bertahun. sejak dari kecil lagi sudah didedahkan dengan media blogger.
di sini. pengisiannya lebih kepada peribadi. bukan diari tapi lebih kureng jurnal hiduplah. saya single.. erk tetibe...  Alhamdulillah mampu hidup hanya berkaki dua. dan mampu tersenyum walaupun sedang berduka.
mungkin saya banyak display gambar lama dan menyembunyikan diri sekarang. tapi itu lebih baik bukan?
akhir kata mohon ditinggalkan jejak sekalian untuk dikejar kembali lokasi anda. bagi yang tidak mempunyai blog akaun tidak mengapa anda juga boleh menyertakan pesanan anda. mungkin anda kawan lama saya yang sudah lama terpisah tapi tidak mengetahui bagaimana untuk berhubung dengan saya. ye lah sejak pakai number antarabangsa ni kannn. hii.. wala apa apa pun sebagai penulis yang berjiwa bangsa. i hope u will like all my art.