Wednesday 11 April 2012

tentang hidup

Alhamdullilah setelah beberapa hari menghilang akhirnya jari jemari aku kembali ketap ketap kat keyboard lappy . Pertama sekali syukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya masih aku celik mata melihat dunia masih aku sihat wal afiat menggalas tanggungjawab dan menunaikan fardhu kifayah serta fardhu ain. selawat dan salam tidak lupa ke atas Nabi Muhammad S.A.W. korang pun jangan pernah sesekali terleka akan nikmat yang korang dapat ni. Selalulah berpijak di bumi yang nyata. Insyaallah sama samalah kita mengingatkan. Tak gitu??

 Hehe ;)

Hari nih aku nak share sikit sebanyak dengan korang tentang selama nih yang barangkali aku fikir + berlaku depan mata + hikmah sebaliknya. . mungkin apa yang aku publickan nih terlalu klise atau direct tapi as a good blogger even cuti rehat mengalahkan orang cuti bersalin atau pencen sebelum nih bukan niat aku mengaibkan mana mana pihak. cuma i just thinking the sudden ......?????


1.Sudah Jatuh Ditimpa Tangga
masa aku tahun tiga aku kenal pepatah ini. pelik sangat tapi agak logik cuma tak berapa nak paham apa maksud tersirat lagi tersurat akhirnya aku paham pepatah melayu ni bermaksud seseorang yang sedang dalam kesusahan dapat lagi kesusahan berganda . Ada korang terpikir tak kadang kadang pepatah sebegini memang terselit unsur atau nilai sejagat yang kadangkala terkena tepat nih ha kat hidung sendiri.
Misalnya sekarang nih kes buang bayi macam jadi trend. kuar 1 kes kat berita mula mula pastuh jadi lambakan pulak dalam akhbar. Yang peliknya makin hari makin bertambah kes puas juga aku terintai intai bila akan berakhir.? kau terpikir? paling aku terkilan sikap manusia kalah binatang singa yang jadi raja segala hutan pun belum sanggup nak menyiat tubuh anak sendiri walaupun dia tak berakal. Maha Kaya Allah binatng pun sayang anak. Ngeri memang ngeri bila aku selak akhbar mesti ada gambar bayi dalam keadaan yang begitu perit untuk aku tatap lama lama. tapi bila aku tengok SI IBU kemenn lagi ayu rupawan wajahnya. Manalah sifat keibuan dorang nih erk? Tertanya aku kenapalah dikandungkan anak itu jika akhirnya lahir sempurna cukup sifat tapi mati dalam keadaan begitu menyayat hati.
"Sayang mama sayang sangat..." ha nilah ayat yang bakal diucapkan kanak kanak petah yang menginjak dewasa jika dia masih lagi bernyawa setelah dilahirkan. Da lah  dia dilahirkan tanpa ikatan yang sah , masa dalam kandungan pulak belum tentu dapat bantuan tumbesaran yang mencukupi diambil oleh si ibu seperti bayi lain yang pastinya mak bapak dorang tak senang duduk bila memikirkan dia bakal keluar mengisi ruang dunia. Beza sekali keadaan dia, entah entah siapa bapanya pun tak pernah dia kenal apatah lagi ingin mengusap dan berbisik kepadanya sewaktu dalam perut. Sebaik sahaja dilahirkan bukanlah doktor atau mak bidan yang sambut,malah bantuan oksigen,mesin untuk mengenal pasti dia bebas dari segala penyakit pun tak der. Lagi teruk sehelai selimut tebal yang patut dibalut pada badannya pun cuma dapat diganti paling koman pun kain sarung atau yang lagi bagus surat khabar lama yang tentunya buat dia terketar. Dia sejuk lapar dahaga dia tuh macam kita cuma terbatas pergerakan dan kebolehannya kerana masih kecil dan tak mengerti bukannya tak tahu apa apa tapi wajar ker dia diletak di dalam kotak berhampiran tong sampah atas tempat duduk dekat Bustop,di flushkan dalam mangkuk jamban paling hina dikerat kerat diblender kerana dia bukti kes zina yang dilaknat di sisi Allah.Paling sedih masa dia lahir tak seperti kita. kita ada papa,babah,ayah,dady,walid atau apa apa ajer lah yang bibir mereka dekat di telinga kita bisik kebesaran Allah swt dan menjunjung Rasullullah SAW tapi dia untung untung pun disambut dengan seruan azan tak pun dengar ayam berkokok atau anjing menyalak. Tuh pun kalau sempat kalau tidak Allah lebih menyayangi dia. Hina sungguh mungkin dirinya itu. Tapi ingatlah wahai manusia.
 Tiada yang beda disisi Allah melainkan Iman dan Takwanya bukan status pangkat darjat wang ringgit atau apa sahaja.

2.Kalau Tak Kenal Maka Tak Cinta
Sinonim sangat dengan yang tak percaya jodoh dan cinta sesama manusia berlainan jenis bukan sama jenis yer. maaf saya tak menggalakkan anda sebegitu rupa tapi ya saya ingin mengetangahkan isu semasa sekarang yang dah merebak menjadi saluran jalur lebar dan wabak yang begitu mengerikan haha. Macam baca berita plak aku nih. Epidemik. Itulah yang boleh saya katakan. Yang perempuan serupa lelaki manakala yang lelaki serupa perempuannya. Lagi parah yang lelaki punya rupa kuasa dunia mahupun harta benda cukup sempurna dari segi lahiriah mahupun batiniah hatinya cuma untuk lelaki iaitu pasangan sejenis. Perempuan pula yang lawa menarik punya pegangan agama yang kukuh bertudung labuh dan litup malah mempunyai tahap pendidikan dan memegang jwatan selain mempunyai wang gaji yang tinggi pun sama naiknya jer perangainya apabila mereka memilih wanita yang sama minat sama kaum sebagai teman hidup. Gamaknya dunia sudah terbalik kot.
Bila ditanya msing masing mengimbau sejarah silam dilukai pasangan kekasih mereka suatu ketika dahulu malah tak kurang yang mengaku dimanipulasi anggota keluarga sendiri tak jugak yang mempunyai peristiwa hitam menyebabkan mereka tukar selera. Tak kurang yang memberi alasan tukar selera sebagai permulaan gejala ini. Paling mengejutkan baru baru nih ada dekan kahwin lelaki yang dikatakan tukar kepad wanita. Tapi beberapa hari kemudian akhbar melaporkan dia wanita tulen. Kejap laki kejap wanita. Sampai begitu manusia sekarang nih sngat pelik!
Pepatah nih lagi senang diceritakan sahaja mengenai diri aku nih. terputus kasih ditengah jalan atas faktor keluarga yang inginkan aku mencari nilai hidup sebenar sebelum bertindak lebih melulu. Ada keburukan mahupun kebaikan. tapi yang berlaku semuanya dengan izin Allah. Buruknya aku berduka tapi dalam duka dan sengsara aku lihat keajaiban. betul tak ?? Tapi buat masa nih atau selama lamanya biarlah aku berseorangan tanpa teman bukan apa aku takut dan fobia tapi hikmahnya besar. Sekurang kurangnya aku takkan terheret ke lembah penceraian kalau lafaz nikah dilafaz seorang lelaki. Dengan pancaroba hidup yang kian mendatang bergolek golek makin hari mungkin anatara aku dan dia akan melalui saat saat genting mana kahirnya akan menjadi duri dalam hubungan. SUBHANALLAH Bukan niatku menidakkan rezeki Allah cuma apa yang berlaku didepan mata aku seperti dalam akhbar dan media begiotu buat aku berfikir banyak kali untuk memulakan langkah. Walau apaapapun rezeki yang Allah turunkan Maha Kaya Zatnya.

3. Tepuk Dada Tanya Selera
Paling memberi makna dalam kehidupan. Cabaran dan godaan dunia nih semuanya pucuk pangkal diri sendiri. jika kita mahu yang itu maka realitilah itu jika kita memilih sebegini berlakulah ia.Betul tak? kehidupan nih tanpa sempadan. bila kita dah melangkah jangan sesekali patah kebelakang. ingat susah itu nikmat sebab hasilnya sangat indah. hehe macam aku tulis entri ni lah dalam gelap sebab adik adik aku dah tidur so tak mau kacau mereka lena tidur kroh kroh nih dengan keadaan lampu yang menyilaukan mereka.
Begitulah aku lihat dalam hidup. Seseorang akan melaknsanakan keinginanya selepas mengetahui baik buruk tindakan tersebut.pepatah nih pada aku boleh jadi prinsip hidup seseorang sebab dia takkan jadi hipokrit kalau betul2 dia pegang. dia jadi diri sendiri dan paling penting dia ada hala tuju hidup tak gituuhh.

4.Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih
Pepatah nih menbawa seribu makna dalam kehidupan aku. Kalau aku dengar pagi pagi azan subuh sayup sayup berkumandang 3 4 kali aku pikir nak bangun ke tak sedar eh walaupun keadaan aku begitu liat nak bangun dari tilam gebu. Tapi bila memikirkan bekalan apa aku nak bawak dalam kubur nanti dan lidah mulut tangan kaki aku yang bakal menjawab satu persatu pertanyaan malaikat buat aku terbangun berdiri berwuduk bentang tikar sejadah terus sujud menghadap ilahi. Aku tau korang pun cenggituh betul tak?
macam tu lah jugak seterusnya. kalau aku kata aku nak berubah dan tak nak buat menda menda tak elok dah walaupun pada awalnya cekelat bila aku fikirkan balik demi kebaikan diri dan masa depan yang cerah aku mula bersemangat balik tok lakukan apa yang telah diniatkan. biarpun susah mana rintangan hidup nih pasti ada hikmah dan gnjaran bila tiba waktunya apa yang perlu dilakukan kehidupan mesti diteruskan :P

hehe nampak gayanya aku boleh tulis buku motivasi ler pulak kan haha.. k lah all have yop nite and blogwalking thanks sebab read properties aku nih sampai tangkap leleh ke lubuk hati engkorang hehehe..

No comments:

Post a Comment