Thursday 21 June 2012

alin nak apa?

hai semua:)

jarang jarang jemari alin naik atas keyboard mula ilustrasikan bunyi indah untuk dihiaskan dalam seni penulisan. jarang dah. dulu selalu sampai penuh column majalah sekolah semua hasil perahan otak alin. alin seronok bila orang baca dan terus baca bila tambah orang baca orang copycat ayat alin. alin seronok sebab alin tau bila orang mula ikut itu bermakna penulisan alin berisi. terima kasih pembaca. even you a silent reader :).

baru baru ni ada orang tanya alin..

DIA: alin nak apa cuba bagitahu tengok alin macam simple sangat macam apa pun tak ada. tengok life alin macam lifeless.. semua alin sorang sorang. tapi pelik tak pernah nampak alin rasa sorang sorang... macam selalu sangat alin fikir yang ada seseorang dekat dengan alin...

ALIN: eh yeke... heee (aku cuma senyum kambing dalam hati bahawasanya YA ALLAH sentiasa dia dekat di hati sehingga aku dapat rasakan tiap arus idupku dia depan ku :) )

DIA: tengok tuh leh lagi dia senyum kambing....

kawan alin hanya berlalu pergi.. alin pun mengambil haluan sendiri.. sambil tuh alin pandang tepi alin seolah olah alin pandang dia.. tapi peliknya dia tiada. alin ada dengar suara dia alin ada nampak kelibat dia bila alin toleh eih dia dah tak ada... alin masih merasakan dia kuat berada dalam sini... dekat sini :)

alin terfikir malam malam macam nih.. alin nak apa yer?
dulu masa kecik alin nak rumah sebijik sebab nanti adik adik alin yang ramai ramai tuh boleh duduk samasama dengan alin kemudian alin nak pekerjaan yang stabil sebab bila alin dah kerja alin dapat bantu mak abah alin untuk semua segi... alin tak fikirkan keperluan alin sangat. alin tak perlukan baju seluar aksesori mahal untuk diri sendiri sebab mak abah alin ajar pakai baju beli di pekan sari :) alin selesa sarungkan baju walaupun harga tak sampai RM10....alin harap alin dapat tunaikan semua tuh..

tapi ada sesuatu yang wat alin nak sekarang... cuma alin terbatas sebab alin takut ianya berulang kembali.. alin cuma nak dia... dia yang dulu.. tapi dia tak boleh jadi macam dulu dah sebab dia ada tanggungjawab alin harap bila dia baca nih dia mengerti alin bahawa alin nak dia berubah.. alin nak dia peluk alin dan cakap selamanya dia takkan berpalaing. alin nak bila susah macam manapun halangan pelukan dia makin kuat terlalu kuat sampai sudah melekat tangannya disisi alin maka dengan itu alin tahu bahawa alin segalanya dalam hidup dia. dan bila masalah dah selesai dia akan sentiasa kuat mengenggam alin tanpa membiarkan satu saat satu detik pun alin berlalu. sebab bila dia buat macam tuh alin tau sampai syurga nanti dia akan tunggu alin di pintu masuk untuk rumah kami disana...

tapi sayang alin sentiasa lupa.. alin kan manusia biasa. alin lupa yang alin tak seberapa dimatanya kurang alin membutakan matanya bahawa alin sudah tiada makna dalam hidup dia...

dia ada merayu dia ada memohon maaf tapi alin takut jika dia kembali melepaskan alin jauh dari dia... agaknya apa yang terbaik untuk kami? apakah alin betul betul hanya mainannya....


pejamkan matamu untukku dengarlah dunia berkata kata usah kau ragu disini tempat mu dimata kita tetap indah selagi kau masih percaya ketawa kecewa terpisah jalan yang lurus kian berhala adakah semua ini yang ku inginkan ataupun hanya mengejar dunia semata mata ku harap ku masih percaya...

No comments:

Post a Comment