Thursday 11 December 2014

Antara benua

Salam sejahtera blogger! Bertemu kita kembali hari ini..

Syukur ke hadrat Ilahi yang memanjangkan perjalanan kita di dunia yang sekejap ini.. Syukur dan bertuah kita masih menghidup udara yang segar tanpa perlu mengeluarkn satu sen dari poket..syukur yang kita masih mampu berusaha atas diri sendiri dan cukup sifat untuk menunaikan fardu kifayahnya..

Selawat junjungan keatas para nabi dan salam kepada para malaikat di penghulu segala hari pada indah jumaat ini..... Ada titipan untuk my kenit yang alin nak sangat tulis..

Usia mama 21 tahun arisa tahun 2014 ini... Panjang umur mama doakan moga moga mama sentiasa menemani arisa..

3 tahun arisa membesar tanpa seorang papa..jangan menanges ea sayang sentiasa kuat dengan mama..pinjaman Allah begitu bernilai pada mama.. Mama gunakan sepenuhnya buat keperluan anak mama yang comel ni.. Jangan risau selagi Allah kurniakan bakat dan kudrat buat mama selagi itu mama akan memaksimumkan usaha mama.. Tetapi ingat sayang kita cuma hambanya... Dia yang menguruskan segalanya.. Percayalah pada qada dan qadar kerana dia menentukan segalanya...

Arisa bakal ke sekolah tak lama lagi mama akan usahakan sebaik mungkin untuk arisa.. Mama akan tempatkan kamu dalam kalangan anak bangsa yang berlainan keturunan dan asalnya..

Bergaullah arisa dengan bangsa yang lain.. Jangan kita sentiasa ada sikap racist perkauman antara satu sama lain.. Belajarlah menjadi manusia yang mampu menghormati dan memandang positif dari segi perspektif yang berberbeza walau kita berbeza agama..

Niat mama hanya satu mahu dedahkan arisa dengan kehidupan kita sebagai manusia sejagat... Dan mama mahu kamu berdikari arisa kerana mama tahu sejak kamu lahir kamu sentiasa berdikari alhamdulillah mama senang sekali melihat kamu mewarisi sikap berdikari kamu itu..

Arisa kita dilahirkan dalam keluarga yang dinamakan kahwin campur... Kita punya keluarga dari china.. Besar kurniaan itu sebab itu kamu serupa mama... Itulah harta yang mama ada kamu warisi sepenuhnya.. Hargailah rupa wajahmu jangan sesekali kamu mengubah ciptaan indah Allah terhadapmu.. Demi Allah mama bersyukur kurniaan Allah ini secantik bidadari.. Arisa bidadari mama.. Subhanallah tiap kali mama melihat kamu sungguh mama gembira dan cukup bersyukur kerana kamu membesar dengan sihat dan cantik sekali.. Syukur ini nikmat Allah pada mama biarpun kesakitannya pada mama.. Inilah galang gantinya...

Arisa kurniaan Allah dengan kelebihan yang ada janganlah digunakan pada jalan yang salah.. Ingat sayang Allah melihat para malaikat mencatit perlakuan kita.. Rupa kamu itu pinjaman jangan lah kamu gunakan kelebihan itu untuk permainkan hati dan perasaan orang..nauzubillah sayang... Sentiasalah ikhlas dan berniat baik dengan orang jika kamu berkawan nanti.. Tetapi berhati hati sayang semua ini hanya sementara... Andai kamu takbur dan lidah kamu selalu menuturkan hal yang tidak benar maka turunlah bala bencana kepada kamu.. allahuakhbar sayang jangan kamu terlalu mengikut rakan rakan ea... Tidak mengapa kamu dilabel sebagai anak mama... Kerana memang kamu anak mama dan bila talkin dibacakan memang kamu dibintikan nama mama... Jangan pernah leka sayang...

Mama mahu kamu berjaya.. Sekalipun kamu perempuan jangan ada jutaan alasan dilidah kamu jangan ada jutaan halangan pada kudrat kamu.. Carilah kehidupan kamu.. Tetapi ingat sayang atas atau bawahnya kamu jangan pernah kamu lupa siapa maha berkuasa.. Tinggi rendah kaya miskin kamu jangan pernah kamu buang islam disisi kamu... Jangan pernah kamu hina kalam Allah dan permainkan larangannya. Kerana itu sahaja bekalan kita arisa.. Dengan itu beringatlah bahawa diri kita ini terbahagi kepada dua iaitu jasad dan roh... Bila tiba dipisahkan roh akn meninggalkn jasad.. Kerana itu janganlah kamu biarkan roh kamu sakit kerana kamu hanya mempersiapkan jasad..

Allahuakhbar sayang... Kita akan pulang sayang... Bekalan mama untuk arisa akan mama beri... Mama akan pegang arisa sampailah kehujung nyawa mama..  Ingat ye sayang jauh mana kita berada dunia hanya sekecik alam... Besar lagi alam barzakh... Berdoalah sayang jika ada sebarang kesulitan.. Insha Allah doa yang tulus ikhlas dimakbulkannya...amn ya rabbal alamin...

No comments:

Post a Comment