Monday 8 December 2014

Jauh tak mama

Hari ni mama amek masa tok hubungi papa.. Niat mama hanya 1 mahu selamatkn dia dr jd salah satu  puncanya api neraka..

Syg dlm kalam Allah Alquran ya karim..

Ada menyebut dan menyatakan panjang lebar mengenai hutang..
Dengarlah syg...

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu; dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu." (Al-Baqarah: 282)

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah,

sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya:

"Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan."

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu umar Radiallahuanhu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya:

"Sesiapa mati, sedangkan dia msih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambilkan (ganti) daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Janganlah sesekali arisa meminjam atau berhutang dengan orang syg.. Ari nih ari kita esok mgkn ari ni orang sayang...

Sayang hari nih mama mulakan lagi satu pjalanan yg agak besar mama ambil.. Untuk pjlnan arisa suatu hari nanti.. Tabungan mama untuk arisa moga ckup untuk arisa..

Tetapi beringatlah syg bahawa suatu ari nty arisa perlu bertapak atas kaki sndri bertapak untuk hidup ke hujungnya syg.. Jgn pnah mgharap sesiapa untuk menanggung kamu seperti mana akhirat nanti dosa dosa dan pahala pahala kamu ditanggung seorang diri dengan itu ketahuilah kamu bahawa kamu juga harus ketahui yang di dunia juga belajarlah berusaha sndri syg...

Tiba masa mama akan ajar kamu menjadi manusia penuh iktikad dan niat.. Walau siapa pun kamu dimata masyarakat kamu tetap hambanya.. Bukan mereka harus dinilai tapi diri mu itulah yg bakal dinilai..

No comments:

Post a Comment