Sunday 13 May 2012

Jangan Bilang Tidak BAB 5- nuruladlincopyright


Riuh rendah jadinya bila ramai ramai berkumpul begini. Itulah adat keluarga besar. Sekejap jer keluarganya dah bertambah besar. Kak long dah 10 tahun berkahwin anak pun dah berderet 6 orang semuanya. Abang Tarmizi pula dengan 4 heronya, akak Jena pula dah beranak 3 mungkin lagi 3 minggu keluarlah lagi seorang nih pulak kakaknya yang keempat bakal melangsungkan perkahwinan lagi tiga hari sahaja lagi. Kelihatan akak Nasha makin berseri seri menunggu hari bahagia. Maknanya nanti tunggu dia sahajalah yang masih memegang status bujang. Hai bujang je bukan tak available. Hehe.
“Aku ingat kau tak balik doe” sapa seseorang di belakangnya.
Apek hanya memandang kearah teman rapatnya itu sambil tersenyum. “ Ahaha aku cuti sebulan ni.. ada baki lagi 2 minggu jer. Pas nih nak ke Dubai pula 3 bulan tengok minyak kat sana” kata Apek sambil mempersilakan sahabatnya itu duduk berhadapan dengannya.
“Untunglah boleh makan angin kan. Macam mana ? Jadi tak plan kita?”soal rakannya itu. Sebenarnya sudah lama mereka berusaha demi menjayakan perihal tersebut. Ya agak lama. Sudah 7 tahun mereka berusaha. Tanpa henti. Hanya demi memberikan sebuah kehidupan yang bermakna kepada sahabat mereka berdua.
“Dia akan datang kau jangan risau.Aku pasti kali ni kita takkan pulang dengan tangan kosong Safiq” kata Apek kepada sahabatnya yang bernama Safiq. Safiq hanya mengganguk tanda bersetuju dengan Apek. Dia juga sebenarnya teramat pasti kali ini akan memberi seribu makna.
  “Cuma aku harap lepas ni Riyadh hargailah peluang ini sebolehnya.” Kata Safiq perlahan dia sendiri tidak sanggup melihat keadaan Riyadh yang serba tidak terurus itu gara gara kesilapan Riyadh mencatur hidupnya.
“Aku teramat pasti kali ini dia dapat membezakan intan atau permata.” Kata Apek penuh yakin. Mereka sama sama melepaskan keluhan yang besar. Berat sungguh bunyinya.
“ Safiq , Jiji masuklah bawa kawan kamu tu makan di dapur. Dah pukul 10 malam nih lepas tuh nak berborak sampai esok pagi pun tak per” abang Ildan suami kak long yang mempelawa mereka makan mematikan perbualan mereka. Mereka serentak memandang abang Ildan yang penuh dikerumuni anak anak dan anak saudaranya sikit lagi mau berguling jatuh dibuat anak anak kecil itu. Apek dan Safiq ketawa melihat gelagat mereka. Lantas Apek mengajak Safiq masuk menikmati makan malam. Harapan mereka cuma satu agar Riyadh kembali bersatu. Aminn ya rabbal alamin.
...............................................................................................................................
Oleh kerana aku mempunyai tempahan pelanggan di Bandar kelahiranku aku membuat keputusan untuk mengangkut kesemua adik adikku di studio ini untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Bukan sesiapapun. Apek punya akak jugak. Lagipun sudah lama aku tidak menjenguk rumah di kampungku. Nak naknya rumah atuk. Kan sekarang musim buah. Hai pasti merembun rambutan atas pokok , langsat , duku, pulasan lagi. Kalau menjadi durian kali ni rezeki budak budak nilah. Sudah 4 tahun atuk pergi dan baru 2 tahun sudah wan pula pergi. Kehilangan mereka memberi impak besar dalam hidupku sejak itu.
Awal awal pagi lagi aku sudah mengejutkan 8 orang adik adikku ini. Nasib semua sudah sedia maklum akan bertolak selepas subuh ke kampungku. kalau tidak mahu bertekak jugaklah aku dengan mereka nih. Biarpun hanya mengambil masa satu jam sahaja dari ibukota banyak perkara perlu dilakukan apabila sampai di kampungku nanti. Lagipun kami mungkin terus menuju ke dusun atuk jika tiada aral melintang. Selepas atuk meninggal yang aku tahu pakcik pakcik ku semua berpakat menggaji beberapa orang pekerja asing untuk menjaga dusun itu. Nak harapkan mereka . Pastinya mustahil. Melihatkan tugasan mereka yang masing masing dah memegang jawatan besar faham faham sajalah. Untuk menjual aku lah orang pertama yang bantah. Pada aku dusun yang atuk usahakan masa usianya muda baru beranak dua begitu bernilai padaku. Tambah pulak aku rapat dengan atuk. Aduh rindunya. Aku sangat pasti kalau atuk masih hidup dia mesti tak mahu harta pusakanya itu di jual dengan wang ringgit. Katanya lagi itulah harta dunia yang ditinggalkan untuk cucu cicitnya.
Selepas menunaikan solat subuh , masing masing bersiap dan mula mengemas beg beg mereka. Kami berkonvoi tiga kereta aku menaiki Alphard bersama Abe , Tifa dan Balqis. Kereta ku ini macam biasalah akan dipenuhi segala mak datuk beg.Mikhail pula bersama Hassan disebelah kereta Myvinya itu dipenuhi peralatan kamera digital digunakan untuk photoshoot perkahwinan akak Apek selain itu 3 buah laptop turut berada dalam kereta tersebut termasuk 2 pc. Ini semua bagi memudahkan kerja editing yang customer mahukan. Kalaulah dirompak agaknya kenyanglah perut perompak tersebut. Hairul yang menaiki Gen 2 pula di sebelahnya kelihatan Linda dan Ikram. Di bonet keretanya ada beberapa batang pancing ikan yang akan digunakan di dusun atuk nanti. Mereka nih bukan baru sekali dua melepak di dusun tuh asal aku balik aja kampung macam biasalah tempat lepak kami. Sebelum memulakan perjalanan tadi, kami berkumpul berdoa yang diketuai Hassan bagi memudahkan perjalanan pergi dan balik. Abe sempat lagi memesan singgah di Drive Thru mana mana McD sebab lapar. Abe... Abe...!

.............................................................................................................................
Tepat pukul 6.59 pagi akhirnya kami sampai di Bandar kelahiranku. Aku membelok ke kiri jalan. Pasar basah itulah tujuanku. Walaupun cuma duduk di situ dua hari makanan dan kebajikan budak budak ini sedia maklum memang tanggungjawabku. Lagipun di rumah atuk tiada siapa lagi yang menetap di situ. Seperti di dusun atuk begitulah juga di rumah pusaka tersebut. Yang aku tahu rumah tersebut digaji sepasang suami isteri untuk menguruskannya. Dalam seminggu mereka akan datang 4 kali untuk memeriksa keseluruhan rumah itu. Bagaimanalah agaknya iya. Bukan pakcik makcik ku tak mahu pulang. Tapi sejak kematian wan 2 tahun lepas masing masing buat hal sendiri. Harapkan raya sahaja berkumpul tapi sudah tidak sama seperti dahulu. Sungguh perasaan bahagia ketika atuk dan wan masih hidup menjentik perasaanku.
Selesai membeli belah seperti kata Hairul di pasar kami meneruskan perjalanan ke rumah pusaka atukku. Banyak juga makanan basah yang di borong mereka. Sebenarnya mereka sudah plan mahu membuat barbeku malam ini. Untuk pulang ke rumah atuk. Semua telah diberi kunci. Baik anak anak atuk mahupun cucu cucu. So tak jadi masalah apabila masing masing mahu singgah ke rumah atuk. Aku pun selalu menjadikan rumah atuk sebagai lokasi poenggambaran model terutama apabila menjelang Hari Raya Aidilfitri. Daripada terbiar sahaja lebih baik rumah lama ini dikomersialkan. Bukan sekali dua rumah lama ini masuk dalam drama televisyen bahkan berkali kali. Duit yang diberikan produser drama pula kami sekeluarga sepakat menyalurkannya kepada yang tak berkemampuan atas nama atuk dan wan. Pesan atuk dan wan , membantu orang susah itu tak lokek pun duit berkepul kita nih.
Akhirnya sampai juga ke rumah atuk dan wan, aku lihat rumah itu sedikit pun tidak berubah. Masih sama seperti dulu.Dibelakang rumah pula ada reban ayam dan itik. Pokok rambutan , kelapa , mangga,dan jambu keling pun masih teguh berdiri. Aku lihat menjembun sudah buah buah atas pokok itu.
“Eeeeeeeeeeee seronoknya..........! “ kata Tifa. Dia berlari lari anak ke belakang rumah diikuti Balqis dan Abe. Mereka bertiga ini memang pantang kalau melihat buah buahan yang begitu banyak. Geram katanya.
“Kita dah agak dah mesti musim buah buahan punya. Kang gi dusun atuk akak mesti banyak durian gugur kan?? “ soal Mikhail yang memeluk pc dengan erat sekali sambil matanya liar memandang kearah belakang rumah itu . Aku hanya tersenyum mengangguk. “Eh mestilah. Kang jangan ada pula yang hendak curi tulang kait buah kutip buah,ni tak makan je boleh harap buat kerja cekelat” kata Abe sambil mengigit jambu keling di tangannya. Hai kalau dapat makan tak ingat dunia Abe ni yang peliknya entah bila dia berada di situ aku pun tak tahu. Masing masing tercengang memandangnya. Agaknya terkena batang hidung sendiri kut..
“Ha jangan makan je tahu barang barang ni angkat la jangan duk tengok je. Letak dulu dalam rumah takkan nak harap mak sorang dikkk” kata Hairul sambil mengajuk aksi maknyah. Aku yang melihat drama Hairul tengah bengang itu hanya tergelak. Kasihan pula melihatnya berulang alik mengangkut barang budak budak lain. Kelihatan Ikram,Linda dan Hassan sama sama membantu Hairul menghantar barangan ke anak tangga. Balqis dan Tifa pula menjinjit setangkai rambutan. Pokok rambutan yang rendang itu tidak mustahil pun  pada aku jika mereka mampu mematahkan ranting ranting di dahan pokok. Aku hanya tersenyum. Tak berhenti mengunyah lah dia orang ni nanti, gumam sendirian.
“Apa akak cakap?” soal Linda mengejutkan ku. “ Akak rasa tak berhenti mengunyah lah kau orang semua karang” balasku didengari ke lapan lapan adikku ini.Masing masing tergelak.
Sesudah menghantar barang dan peralatan digital ke tempat selamat iaitu dibilik atuk aku mengunci bilik atuk tersebut. Rumah pun aku kunci. Setiap pintu aku periksa mangganya. Demi keselamatan! Kami perlu bertolak ke dusun atuk secepat mungkin memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Mikhail dan Hairul sudah berpakat untuk mesin rumput dan meracun lalang jika sudah naik meliar. Mereka berdua sudah biasa untuk melakukan kerja kerja tersebut. Kata mereka, kita orang dah makan free takkanlah wat kerja pun nak berkira kakak. Padahal seronok pegang mesin rumput dengan mesin racun. Orang bandarlah dikatakan.
Apabila sampai di dusun , masing masing keluar dengan semangatnya. Tak kurang juga ada tengah mengeliat dan masih menguap tanpa henti. Sempat lagi membuta budak budak nih. Sebenarnya jarak dusun atuk dan rumah atuk cuma mengambil masa kurang dari 30 minit sahaja.
Sampai sahaja di dusun. Pak Raden,Wak Jamal dan Mas Akam sudah bersedia menunggu kami di pangkin bawah pohon belimbing. Memang dari awal aku sudah memesan kepada mereka bertiga terlebih dahulu untuk menunggu kedatangan kami bagi kerja kerja mengutip buah buahan dan membersih dusun tersebut dari semak samun  jika mereka tidak pergi menoreh ke ladang hulu.
Kata Pak Raden yang merupakan pekerja setia atuk sejak 25 tahun itu terlalu banyak buah buahan yang sudah gugur sayang tidak dikutip hendak dimakan mereka bertiga rasanya tidak mampu. Sudah dimaklum pakcik makcikku tapi seperti biasalah kesibukan menjadi penghalang. Untuk dijual pasti tuan tidak akan merestui. Katanya merujuk kepada atukku yang dipanggil tuan. Atuk bukan berkenan sangat kalau menjual buah buahnnya kerana dia tahu hasilnya tidak seberapa. Baik disedekahkan sahaja dari membusuk. Ya aku masih ingat itulah pesan atuk.
Masing masing semua sudah bersiap sedia dengan perkakas mereka. Abe dengan 3 guni yang dilipat kemas ke dalam beg sandangnya. Linda ,Balqis dan Hassan pun turut sama mengenggam guni. Masing masing memegang parang di tangan yang bakal digunakan untuk menebang semak samun. Mereka sudah berpecah bergerak untuk mengutip buah buahan seperti di arahkan Mas Akam.
Mikhail pula sedang mengisi racun dalam takungan mesin racun yang baru dikeluarkan dari setor bersebelahan rumah pondok kayu yang dibina atuk untuk pekerjanya itu. Disitulah Pak Raden dan rakan-rakannya menetap sejak sekian lama. Walaupun Pak Raden duduk di dusun yang penuh dengan rezeki itu dia langsung tidak menyentuh atau memakan hasil dusun itu tanpa kebenaran tuan tanah. Sebab itu aku sangat menghormati orang tua sebaya abahku itu. Setelah penuh racun di takungan Mikhail memakai mesin tersebut dan bergerak kearah semak samun yang sedang meliar. Dibelakangnya Pak Raden mengekori masing masing sibuk meracun semak samun.
Hairul pula sudah bersedia bersama Wak Jamal ke tempat yang lalang tumbuh meliar. Mereka berdua memang biasanya memesin rumput kekawasan kawasan yang selalu dinaiki lalang. Sekejap sahaja mereka sudah hilang bersama deruman mesin rumput tersebut. Sekejap lagi berpecah lah mereka tu.
Ikram aku lihat sedang memasang joran pancing bersama Tifa. Memancing adalah kepakaran mereka berdua. Baru 5 minit menunggu pasti mengena. Kebun  atuk ada 5 kolam buatan pada asalnya. Namun oleh kerana tiada siapa yang mampu menjaganya sekarang hanya tinggal 2 kolam besar sahaja itu pun sudah memadai. Ikan tongsan, bawal hitam dan ikan merah sahaja dibela itupun atas ikhsan Pak Radenlah mengusahakan penternakan ikan itu semula. Besar besar ikan tersebut kalau bernasib baik. Ada kut bakal menjamah ikan tongsan sebesar peha orang dewasa. Tapi biasanya dilepas semula budak budak ini. Takut mereka nak menjamah ikan besar besar. Haha.
Tepat pukul 10 pagi masing masing kepenatan. Buah sudah dikutip. Aku pula membantu mereka mana yang patut. Nasib semua berpakaian lengan panjang dan seluar panjang kalau tidak tak tahulah mahu didigigit 1 badan. Nyamuk banyak. Inilah kehidupan di kampung. Kalau tak berbintat memang tak kampunglah namanya.
“Akak manggis ada 5 pokok je Abe kutip tau. Yang itu pun tak terhabis dapat dalam 4 guni. Abe tak larat dah “ kata Abe mengah sambil berbaring di pangkin. “Banyaklah tuh.Abe asingkanlah untuk Pak Raden dengan yang lain. Tinggalkan untuk mereka sikit” kataku kepada Abe. Terus dia bergerak kearah guni diletakkan sebelah kereta yang sudah penuh dengan manggis itu.  
“ Huhhh dah akak tapi lalang kat bahagian hujung kebun sana tuh tak dapatlah nak ditolongnya. Tinggi menggunung tuh. Tapi Wak Jamal kata tak pe tu nanti dia beres sih” kata Hairul sambil tangannya menunjuk kearah kanan dusun. Sedang itu dia menanggalkan mesin rumput tersebut dan menghantar mesin itu semula ke dalam setor. Bajunya dipenuhi rumput rumput kecil.
“Cukuplah tu asal dapat tolong mereka dah memadai. Terima kasih Hairul “ kataku padanya. Dia yang sedang menuju ke setor perkakas hanya melambai tangan kanannya tanda maksud ‘tak der hal lah..’. Kemudian Hassan pula muncul dengan menolak kereta roda 3 . Di dalamnya penuh berisi buah durian. Sudah 3 guni buah durian di letakkan di sebelah kereta Myvi Mikhail. “ Banyak eh yang gugur. Akak tengok tengah berputik lagi tuh” soalku kepada Hassan. Dia hanya mengangguk. Serius pula aku lihat dia bila memunggah semua durian durian tersebut ke dalam guni. “Ada lagi kak. Tapi banyak sangat guni tak cukup melainkan kita datang lagi esok hari.” balasnya. Di belakang aku lihat Pak Raden turut sama menolak kereta beroda tiga. Dia menghampiri Hassan pantas aku mendekatinya dan berkata “ tak pe Pak ambil sahaja buah ini yer kami ni pun tak terhabis.” Senyumku. Hassan dan Abe pun tersenyum sama. “terima kasih ya nak” balas Pak Raden seraya menolak semula kereta roda 3 itu ke halaman rumah pondok. Abe turut menyerahkan kepada Pak Raden seguni manggis yang dikutipnya tadi.
Dari jauh kelihatan Tifa dan Ikram masing masing sedang mengangkut sekotak polistrin bersaiz besar. “ Dapat ikan merah akak 3 ekor hehe.. ikan tongsan 2 ekor bawal hitam pun 2 ekor” laung Ikram. Aku hanya tersenyum seperti biasa ikan tersebut turut akan diberi kepada Pak raden. Sahaja aku menyuruh mereka menangkap lebih.
Mikhail pula sedang menyusun guni guni  rambutan dan pulasan tersebut dalam kereta Alphardku sambil dibantu Balqis dan Linda. Mikhail dan Pak Raden sudah lama sebenarnya siap meracun bertukar tugasan pula dengan yang lain untuk mengutip buah. Wak Jamal turut membantu mengangkat guni guni lain ke dalam kereta Alphard. Tong polistrin yang berisi ikan diletak dalam kereta Hairul. Mereka sama sama berganding bahu. Masing masing tidak bersuara penat kut.
Sebahagian daripada buah buah dan ikan yang di tangkap tersebut kami tinggalkan kepada mereka bertiga. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menunggu kami dan membantu kami. Setelah selesai semuanya di dusun kami bergerak pulang kali ini Linda memandu Myvi Mikhail. Tifa pula memandu kereta Hairul manakala Ikram pula memandu Alphard. Aku lihat yang lain sudah terlena. Masing masing kepenatan. Aku pun sama. Memanjat pokok rambutan tadi benar benar meletihkan

No comments:

Post a Comment