Sunday 13 May 2012

Jangan Bilang Tidak BAB 4-nuruladlincopyright


“Lepas makan pastikan berkemas, sampah buang pastuh ikat hantar ke luar esok pagi pagi orang kutip sampah nanti busuk berulat satu rumah berbau. Makanan yang mana patut masuk peti ais. Yang lain tuh abiskan jangan main tinggal jer. Nanti setan makan.” Bebelku sesudah makan ayat nih agaknya dah jadi macam radio pada diaorang.  Tepat pukul 8. 24 malam sekejap lagi azan berkumandang tanda masuk waktu Isyak.
Budak budak yang lain masih lagi asyik menjamah makanan yang dibeli di pasar malam tadi sambil menonton saluran Astro HBO 411. Movie  Star Trek yang ditayang itu benar benar menarik minat mereka sampai makanan yang disuap pun dikunyah pelan pelan. Bilalah nak habis kalau makan macam nih. Kata kataku tadi pun dibiar berlalu sepi. Aku hanya memerhatikan sahaja.
Masing masing menumpukan perhatian. Malam minggu seperti ni biasanya di ruang tamu inilah mereka melepak bersama menghabiskan masa sambil bergurau senda menonton Astro. Kadang kadang movielah,bolalah,tentang siri family Kardashians lah kira berubah ubah lah selera dia orang ikut turn lah kononnya. Ada masa 3 4 pagi pun masih lagi menghadap televisyen semata mata nak tonton semula ulang tayang. Apa tuh? Running Man ha. Terkekeh ketawa kalau tengok siri realiti korea itu. Ada masa aku pun join sekali. Hehe.
Aku memerhati sahaja mereka. Kedengaran azan sayup sayup, aku cepat cepat berlari anak ke bilikku ditingkat empat untuk menunaikan solat. Selesai bersolat aku berteleku berdoa. Alhamdulillah syukur sekali dengan nikmat Allah swt.
Kedengaran di tingkat 3 gelak ketawa mereka memecah kesunyian malam. Usai aku membuka telekung aku memeriksa jadual ku untuk hari esok. Aku tiada pembantu untuk merangka jadual segala apa yang perlu aku lakukan aku catit sekemas kemasnya di dalam buku tersebut.
Aku membelek helaian demi helaian di buku nota tersebut. Nampaknya esok tiada penggambaran maknanya bolehlah aku dan staffku berehat. Esok pun aku memberikan cuti kepada mereka. Aku tersenyum kecil bila mengenangkan perniagaanku ini berjaya akhirnya. Terbayar segala penat jerih pahit maung yang aku lalui selama ini.
Masihku ingat 6 tahun lalu waktu itu aku berumur 21 tahun. Selepas graduate diploma daripada sebuah IPTS aku membuat keputusan untuk tidak bekerja dengan orang tetapi berusaha sendiri. Berbekalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran aku melakukan beberapa kerja yang melibatkan kerja kerja seni digital.
Aku mengambil tempahan membina montaj untuk syarikat korporat dan orang persendirian, aku menjadi freelance sebagai fotografer di bandar kelahiranku,tak cukup dengan itu berbekalkan ilmu didada aku mengambil tempahan membina laman sesawang, dan aku juga menjual secara online hasil kraftanganku berasaskan kain felt di blogku. Hasilnya amat memberangsangkan betullah kata orang hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Sedikit demi sedikit duit ku kumpul akhirnya dengan pertolongan datuk saudaraku. Aku mengusulkan cadangan padanya untuk memiliki sebuah studio fotografi di ibu kota. Duit pendahaluan pelaburan tersebut aku beri kepada datuk sedaraku itu. Maka dialah yang menolong segalanya dari A- Z. Bermula dengan pendahaluan RM100000 itupun ditambah oleh datuk saudaraku setelah melihat kesungguhanku , aku memiliki lot bawah rumah kedai di jalan Sultan Ismail pada usiaku 22 tahun.
Dengan 3 orang pekerja merangkap kepada fotografer , editor dan kakitangan studio kami berempatlah membangunkan studioku ini. Aku amat berterima kasih dengan mereka bertiga. Hashim sekarang dah menyambung pengajiannya semula dan bertugas di LES COPAQUE. Mira pula selepas mengumpul wang dia berkahwin akhirnya mengambil keputusan menjadi suri rumah. Bermula dengan perkahwinan Mira lah perniagaanku semakin laris. Mana tidaknya dia berkahwin dengan selebriti negara seberang rupanya.... Cehh,beria dia rahsiakan tau ! Perkahwinan Mira membuka pintu laluan rezekiku yang mencurah curah sejak itu. Memang memenatkan tapi syukur Alhamdulillah kurang dari setahun setengah studioku akhirnya berpindah di tempat baharu. Disebabkan tinggal aku bersama Raifa sahaja. Bertungkus lumus lah jugak kita orang memindahkan barangan studio.
Premis 4 tingkat di Ampang berdekatan Ampang Park inilah rumahku juga studio ku. Tingkat bawah aku jadikan lobi utama di studio. Bahagian tengahnya sahaja aku merekakan tempat untuk mengambil tempahan pelanggan, manakala bahagian belakang telah diubah suai menjadi tempat pameran produk gambar sepanjang aku menawarkan perkhidmatan ini. Terima kasih kepada Raifa yang banyak menyumbang idea. Manakala tingkat dua premis ini kami jadikan 4 tempat photoshoot baik dari segi komersial untuk modelling mahupun produk sahaja. Terdapat juga 1 dark room yang di ubah suai siap ada green screen lagi tau.
Tingkat tiga premis pula diubah suai menjadi 4 bilik. 1 dapur manakala tingkat atas pula ada 3 bilik. So total semua sekali 6 bilik tidur, 1 dapur, 4 bilik air di setiap tingkat  dan sebuah stor dihalaman belakang. Pada asalnya ianya sebuah rumah. Tapi dengan hasil usaha  datuk sedaraku yang turut membawa gelaran Dato’ Paduka itu membuat aku tak sampai hati menolak pemberiannya . Katanya ini hadiah sempena kejayaanku. Syukur kan.
Lagipun rumah empat tingkat ini cantik selepas diubah suai siap dengan taman lagi. So , pelanggan boleh memilih sama ada hendak melakukan sesi fotografi di luar studio atau dalam studio. Tak payah susah payah mencari lokasi startegik untuk merakam saat indah mereka. Studio aku pun turut menyediakan busana pengantin.
Atas faktor kekurangan pekerja akhirnya aku menyiarkan di akhbar dan membuat shout di blog dan website studio. Baru semalam aku display shout hari ini dah ramai yang menyatakan keinginan mereka ingin bekerja bersamaku. Tapi macam biasalah mereka datang dan pergi ada jugak yang tak tahan terus cabut biarpun hanya seminggu mula bekerja.
Itulah sedangnya dengar sahaja fotografer berebut nak jadi. Tapi bukan mudah. Seorang fotografer yang tinggi ilmunya bukan sekadar pandai ambil gambar. Tapi harus berdisiplin tinggi. Dia juga perlu kreatif dalam seni persembahan gambarnya. Sering kali aku mengadakan workshop ringkas bersama staffku walaupun mereka bukan fotografer mereka jugak adalah designer. Kerana setelah merakam gambar kerja kerja editing pula akan dilakukan. Demi mementingkan kualiti gambar ke tahap profesional aku mahu ianya betul betul dapat memberi impak yang besar dalam hidup pelanggan. Biar mereka tahu hasil kerja kita ikhlas.
Melihat kepada kecerewetan aku yang melampau agaknya adalah kot dalam 38 orang silih berganti quit dari bekerja. Tapi apa aku boleh buat. Mereka langsung tidak mahu berusaha pantang aku reject sikit dah masam muka. Kalau aku sendiri tak puas hati agaknya macam manalah customer tak bising. Hai...
Oleh sebab itulah hanya yang 8 orang ini sahaja yang mampu bertahan.  Orang pertama yang paling lama bertahan Balqis. Gadis ini asalnya dari Thailand. Datang ke Malaysia pada usia 8 tahun. Ibu bapanya sudah meninggal. Usia dia menjangkau 21 tahun ini. Badannya agak berisi tapi rupanya comel sekali macam Barbie doll. Sering kali customer pandang dia dua kali. Orang cantik kan. Aku tugaskannya menjaga akaun studio. Dia sedang menyambung pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda pendidikan di UTM secara separuh masa. Katanya ingin bekerja sambil belajar. Duit bulan bulan digunakan untuk membayar yuran pengajian dan simpanannya.  Lagipun dia tiada keluarga selama ini pun dia membesar di charity home. Oleh sebab itu dia antara penghuni setia rumah banglo 4 tingkat ini. Alah bisa tegal biasa kak, katanya lagi.
Kemudian aku berjumpa dengan Mikhail. Anak muda ini selalu menghabiskan masanya dengan skateboardnya. Pada suatu hari nyaris aku terlanggar dia yang sedang meluncur di hadapan Mcd Ampang Park. Kalau tidak di tekan brek aku tak tahulah bagaimana naseb anak muda ini. Melihat luka di sikunya buat aku serba salah. Akhirnya aku bawa dia ke klinik berhampiran untuk memeriksa apa yang patut. Calar di keretaku aku abaikan. Apalah sangat jika dibandingkan dengan nyawa orang yer tak ? Dalam sakit sakit pun aku lihat mulut Mikhail tak berhenti menyakat doktor perempuan yang sedang merawatnya. Kepala masuk air betul budak ini.
Seminggu kemudian Mikhail datang ke studioku terkejut jugak aku melihat kelibatnya. Katanya dia sudah lama memerhatikan studioku ini dan memasang keinginan ingin bekerja disini. Aku hanya memandangnya meminta kepastian. Sebenarnya aku khuatir dengan usianya baru 15 tahun ketika itu takkan dia tak mahu bersekolah pula. Setelah dia menjelaskan situasinya benar benar membuat aku tercengang. Rupanya Mikhail sudah dua tahun berhenti sekolah gara gara asyik dipukul ayahnya kerana tidak bekerja. Dia juga dihalau ayahnya minggu sudah kerana menegur bapanya meminum arak. Ibu bapa pula bercerai. Hanya dia seorang sahaja yang tinggal selepas adik dan abangnya meninggal dunia dalam kemalangan 4 tahun sudah.Aduhai kesiannya..
Melihat kesungguhan dia meminta kerja aku menerimanya. Seronok sungguh Balqis dengan kedatangan Mikhail. Dia yang rajin memasak mengajak Mikhail terus ke dapur setelah mengetahui keadaan Mikhail. Raifa pula menyiapkan sebuah bilik di tingkat 3 untuk Mikhail. Petangnya pula diajaknya Mikhail dan Balqis ke pasaraya Jusco di Wangsa Maju untuk menggantikan baju Mikhail yang beberapa hari tidak bertukar. Aku pula menguruskan persekolahan Mikhail yang tertangguh selama ini. Yang pasti Mikhail harus kembali ke sekolah dan ambil PMR. Apa cara sekalipun!
Akhirnya kesungguhan Mikhail membuah. Keputusan PMR nya di luar jangkaan ku apabila dapat 8A , SPM pula 5A1  4A2 dan sekarang dia sedang menghabiskan tahun akhirnya di Universiti Malaya dalam Diploma Seni Bina. Sepanjang Mikhail dalam jagaanku dia juga turut menyumbang bakti dalam studio ini. Aku tugaskannya sebagai penyelia harta intelek . Hasil dari tunjuk ajar Raifa pula Mikhail sudah bergelar Profesional Fotografer. Dia selalu dipanggil oleh Nikonian iaitu sebuah group fotografi yang terunggul di Malaysia sebagai salah seorang tenaga pengajar. Di studio inilah selalunya dia mengajar anak anak muda yang berkeinginan mempelajari gadjet canggih DSLR ini.
Kedatangan Linda selepas adanya Mikhail membuka lembaran baru dalam studio ini. Dia sebaya Mikhail. Anak gadis ini lebih menjurus kepada designing. Hampir ternganga aku dengan hasil kerjanya. Dia lari dari rumah setelah habis SPM. Katanya, ibunya mahu menjual dirinya pada tokey rumah urut setelah ayahnya mencari pasal di rumah urut tersebut. Akibat tidak tahan dengan ugutan demi ugutan dia nekad membawa diri. Dia ingat hidup di luar cerah rupanya tak mudah untuk dilalui. Akibat daripada perbuatan ayah dan ibunya itu dia sukar hendak mempercayai masyarakat. Akhirnya dia berjumpa dengan aku. Setelah dua tahun mengumpul duit dan menerima bantuan PTPTN akhirnya melanjutkan pelajaran di The One Academy.
Abe pula aku temui 3 taun lepas sewaktu dia baru berusia 11 tahun. Masa itu aku sedang mencari perkakas dapur di Chow Kit bersama Mikhail dan Balqis. Raifa dan Linda pula tidak mengikut. Hari ahad kan. Mereka ingin bersantai di rumah sambil membuat taik mata. Abe yang berlari laju macam lipas kudung itu mengejutkan kami habis jatuh semua perkakas dapur yang kami jinjit. Di belakang kami ada 3 orang lagi lelaki cina sedang mengejar Abe. Aku yang kaget melihat insiden itu hanya mampu memandang. Mikhail tanpa berlengah turut mengejar Abe. Dia melindungi Abe dari dipukul 3 lelaki tersebut.
Abe hanya mampu menangis teresak esak di tangannya masih erat memegang seplastik roti Gardenia perisa jagung. Lapar kut,desis hatiku. Aku mendekati mereka setelah mengetahui Abe mengambil roti tersebut dari kedai runcit mereka. Hanya kerana sekeping roti mereka sanggup membunuh. Akhirnya aku membayar RM100 sebagai ganti rugi. Aku lihat sudah ketar Abe. Pasti sudah lama tidak menjamah apa apa. Kata Abe lagi dia tidak tahu mana hendak dituju kerana mak  dan babahnya sudah berkahwin lain. Aku menyuruh Mikhail membawanya pulang. Sebelum balik aku drive thru McDonalds dan memesan makanan yang ingin di makan Abe. Terpancar kegembiraan diwajahnya. Balqis dan Mikhail juga tersenyum melihatnya. Kami masing masing membuat keputusan untuk membawa Abe pulang. Sejak hari itu bertambahlah lagi ahli studio. Dan seperti Mikhail aku turut mengusahakan Abe persekolahannya. Abe memperoleh 4A 1B dalam UPSR. Walaupun dapat tawaran Sekolah Menengah Sains,dia berkeras mahu duduk di ibu kota sahaja menemani aku .  Katanya lagi ingin membalas jasa aku. Apa-apa ajalah Abe.
Tifa pula sengaja memilih studioku sebagai tempat praktikalnya akhirnya dia jatuh cinta dengan studio tersebut. Walaupun sudah tamat waktu praktikal dia masih berkeras mahu duduk di banglo tersebut katanya lagi inilah Full House. Hairul pula anak orang kaya. Kedatangannya memang mengejutkan. Bapanya yang merupakan pengarah besar Sime Darby betul betul buat aku terperanjat. Itu pun setelah menerima kad jemputan daripada ibunya menjemput kami sekeluarga ke majlis ulang tahun bapanya di rumah besar keluarga mereka. Katanya ingin berjalan di atas tapak kaki sendiri. Kalau ibunya sendiri tak boleh buat apa apa inikan lagi aku. Hairul Hairul !
Sebelum kedatangan Ikram Raifa pula membuat keputusan mengundurkan diri katanya lebih senang menjadi petani moden. Dia mengusahakan ladang teh milik keluarganya di Cameron Highlands. Tiap tiap minggu ada sajalah kotak teh pelbagai perisa dikirimnya untuk santapan customer. Baru sehari Raifa pergi kami menerima Ikram. Dia nih kaki kelentong. Ada aja yang nak dikelentongnya. Yang peliknya kita orang boleh percaya bulat bulat walaupun benda tuh kedengaran agak tidak logik. Macam mana dia boleh join? Sebab dia memberi kampus kepada Mikhail. Katanya duduk dekat banglo nih lagi syiokk daripada kat kampus. Tak habis habis dengan syiokk dia.. Setiap bulan bila aku bayar gaji dia. Dia menolak katanya dia tinggal situ sewa pun tak bayar makan pula free kira kerja dia buat tuh halallah. Yang sebenarnya dia anak orang berada.
Hassan pula baru sahaja join ahli studio. Inilah satu satunya pekerja yang aku ambil daripada website setelah dia mengirimkan resume. Mukanya persis sekali Arja Lee. Badan pun tegap macam model. Kalau model tak datang on time dialah orang sambar jadi ganti. Alamatnya sampai sekarang dia masih begitu. Oleh kerana terbiasa dengan kerja modelling. Dia dilamar menjadi part time model di Red Carpet & Talent daripada Singapura. Hei seronok sungguhlah dia berjalan keliling dunia tapi asal balik je penuh lah but kereta dengan segala macam ole-ole yang dipesan seisi rumah.
Itulah gelagat seisi rumah banglo 4 tingkat nih. Kadang kadang letih pula aku melayannya tapi kalau tiada dia orang hei sunyi sepilah rumah merangkap studio ni... tak dapat kubayangkan hari hari tanpa mereka.

No comments:

Post a Comment